Berita

Aktiviti JHEV ATM Caw. Negeri Sarawak

AKTIVITI JHEV ATM CAWANGAN NEGERI SARAWAK PADA 13 OKTOBER  2021

 

  1. Lawatan Veteran Menjalani Dialisis Di 801 RSAT

 

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Pahot ak Joll dan Penolong Pengarah JHEV ATM Sarawak telah melaksanakan lawatan kepada veteran yang menjalani lawatan dialisis di 801 RSAT Kem Penrissen, Kuching. Lawatan singkat itu turut  disertai oleh Pegawai Pemerintah 801 RSAT dan Persatuan Wiranita  Sarawak. Pengarah juga telah menyampaikan sumbangan bakul makanan yang telah disediakan oleh Pesatuan Wiranita dan senarai Veteran yg dilawati adalah seperti berikut:

 

  1. 1096638 Kpl Hashim bin Saini
  2. 1086753 Kpl Samsudin bin Jombot
  3. 1105705 Kpl Mat Jani bin Suhaili
  4. 1093505 Kpl Rabit anak Jirung

 

  1. Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Bantuan Lampin Pakai Buang

 

Pengarah dan Penolong Pengarah JHEV ATM Sarawak serta Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia Sarawak (PVTLDMS) telah melaksanakan lawatan kebajikan dan penyerahan bantuan Lampin pakai buang kepada:

 

  1. Puan Maig anak Sebek isteri kepada 931544 Kpl Jimat anak Tunyang di alamat No5, Kg Sitang, Jalan Mambong Sarig, 93250 Kuching, Sarawak.

 

  1. Puan Rosnah bin Abdullah balu kepada 453791 Yusof bin Din di alamat Kg Patung, Bt12, Jalan Kuching - Serian, 94200 Siburan, Sarawak.