• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu sekitar Tumpat

Berita

Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu sekitar Tumpat

 

TUMPAT, 19 NOVEMBER 2020 - Susulan dari Lawatan Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri dan PVTUDM ke rumah Veteran T 709990 Nik Abdullah bin Nik Ab Rahman di Kampung Palekbang, Tumpat, pada Isnin lepas, pihak Persatuan dan Orang Kampung telah melaksanakan gotong royong membersihkan kawasan dan rumah veteran.

Turut hadir pada sesi gotong royong adalah Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Kelantan iaitu, Ustaz Mohd Hushaimi b Hussain.

Beliau juga memaklumkan akan membaiki rumah Veteran tersebut dalam masa yang terdekat.

Turut hadir semasa aktiviti adalah Pegawai dari JKM Tumpat, Penghulu Mukim Palekbang, Unit AMAL Tumpat, Veteran TUDM dan juga penduduk kampung.