Kebakaran rumah veteran di Kampung Gajah, Perak

PERAK, 11 Jan 2021 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman telah melaksanakan Lawatan Kebajikan di rumah veteren 814853 Bintara Kanan Rusli Yahya di alamat Nombor 22, Persiaran Lada 14, Taman Changkat Lada Raya Kampung Gajah, Perak
Rumah veteran telah mengalami kebakaran akibat litar pintas yang telah berlaku pada 30 Dis 2020 jam lebih kurang 2130. Kebakaran hampir melibatkan keseluruhan rumah dan kini veteran dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang dan menumpang di rumah ibu mertuanya.
Pihak JHEV Cawangan Negeri Perak telah menyampaikan sumbangan pendahuluan skim bencana alam berjumlah RM1K bagi meringankan beban beliau.