• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • Majlis Sumbangan Bantuan Covid 19 kepada veteran ATM Kelab Bukit Sentosa Bukit Beruntung (BSBB) dan asnaf

Berita

Majlis Sumbangan Bantuan Covid 19 kepada veteran ATM Kelab Bukit Sentosa Bukit Beruntung (BSBB) dan asnaf

Rawang, 11 Jan 2021 - Pengarah JHEV Sel/WPKL Kdr Azman bin Yusoff TLDM telah hadir dan seterusnya menyempurnakan Majlis Sumbangan Bantuan Covid 19 kepada veteran ATM Kelab Bukit Sentosa Bukit Beruntung (BSBB) dan asnaf di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Majlis Daerah Hulu Selangor.

Wakil penyumbang dari MYFundAction yang diwakili Ketua Operasi Puan Siti Aisyah bt Shahid dan En Anathan dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) mewakili Setiausaha Agung PBSM turut hadir dan turut menyampaikan sumbangan. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Kelab Veteran Bukit Sentosa Bukit Beruntung, PWI Latif b Abdullah (B) dan Pengerusi Srikandi Hulu Selangor Pn Rogayah Ghazali.

Kotak bantuan makanan keperluan harian sumbangan MyFundAction serta bungkusan barangan Nestle yang disumbangkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diagihkan kepada 120 orang veteran ATM dan asnaf yang hadir.

Program pengagihan kotak bantuan dan bungkusan barangan tersebut adalah sebahagian daripada bentuk kerjasama JHEV Sel/WPKL dengan badan NGO terbabit dengan penglibatan Kelab Veteran ATM BSBB sebagai penganjur yang menjayakan program siri pertama tahun 2021.

#myfundaction