Program ANITA North & East Cost Ride Jejak Pahlawan PDRM (PGA) & JHEV ATM 2021

KELANTAN, 10 JAN 2021 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar telah terlibat dengan Program ANITA North & East Cost Ride Jejak Pahlawan PDRM (PGA) & JHEV ATM 2021
Program diadakan bertujuan untuk meraikan Veteran ATM anjuran Anita Bikers Club. Program bermula dengan Majlis Perasmian dan Perlancaran yang dilaksanakan di Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa. Pelancaran telah dilaksanakan oleh Supt Muhammad bin Samsuddin, Peg Mem Batalion Ke-8 PGA. Selepas Pelancaran Konvoi, Konvoi bergerak untuk menyantuni dua orang Veteran ATM seperti berikut;
Veteran Pertama
T211948 Mohamed b Salleh di Jalan Wakaf Mek Zainab, 15300, Kota Bharu, Kelantan
Menghidap penyakit stroke dan terlantar
Veteran Kedua
T 31306 Tachmi bin Ismail di Kg Tendong Pasir Mas.
Veteran merupakan Penerima PGB