Secara amnya, JHEV ATM telah dipertanggungjawabkan sebagai Badan Pendaftar bagi permohonan pendaftaran Persatuan Veteran sejak tahun 2016.
Melalui Seksyen 7, Akta 740 – Akta Veteran 2012, Ketua Pengarah JHEV ATM hendaklah menjadi Pendaftar bagi Persatuan Veteran.
‘Persatuan Veteran’ berdasarkan Akta 740 bermaksud mana-mana organisasi, pertubuhan, persatuan, kelab atau badan yang didaftarkan di bawah Akta 740 yang keahliannya terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh peratus dari kalangan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Angkatan Tentera Komanwel yang pernah berkhidmat di Malaysia. Ringkasnya, sesuatu persatuan yang berniat untuk menjalankan apa-apa aktiviti veteran hendaklah memohon kepada Pendaftar untuk pendaftaran di bawah Akta 740 mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
Sesuatu Persatuan Veteran hendaklah ditubuhkan bagi tujuan pemajuan kebajikan Veteran ATM serta tertakluk dengan segala keputusan dan arahan daripada Pendaftar berdasarkan Akta 740. Persatuan Veteran dikategorikan kepada dua kategori iaitu Induk dan Cawangan.
Sehingga kini, terdapat 146 Persatuan Veteran Induk dan 346 Persatuan Veteran Cawangan yang berdaftar di bawah Akta 740.
Bahagian Dasar
Tingkat 2,
301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur,
Malaysia.