• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

News

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan hari ini telah melaksanakan Peduli Veteran Madani (PVM) disekitar Tuaran. Program ini merupakan salah satu fokus madani Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan.
Seramai 4 Veteran ATM dan 1 Usahawan Veteran ATM telah dilawati antaranya ialah Encik Yas bin Simban, Encik Awang Diata bin Ismail dan Encik Keh bin Utoh yang semakin uzur manakala Encik Muhammad Saifur Rahim bin Mohamed Ajmal yang merupakan Veteran OKU, serta Encik Awil bin Kamsari Veteran Usahawan dalam bidang Training Centre.
Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif Peduli Veteran Madani dalam usaha memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM agar terus terbela sejajar dengan jasa dan pengorbanan oleh Veteran ATM dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara. Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Peduli Veteran Madani melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.
Program lawatan ini turut diiringi oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Alfiz bin Muhamad, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat dan ahli Persatuan Veteran ATM daerah Tuaran.