• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌

News

𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌

KUALA LUMPUR, 2 September 2024– Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah dilaksanakan di Bilik Tetamu, Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan pada hari ini.
Majlis telah dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang dilaksanakan di antara Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus yang telah menyerahkan tugas sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM kepada Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Acara Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.
Serah Terima Tugas ini dilaksanakan berikutan Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus akan berkhidmat sebagai Ketua Staf AM di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak.
Seluruh warga JHEV ATM merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus di atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki yang telah diamanahkan dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang baharu.