Elaun Layanan Sentiasa (ELS)

Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dibayar secara bulanan kepada anggota yang mengalami hilang upaya 100%.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima ELS:

  • Peratus hilang upaya (HU) yang ditaksirkan 100%.
  • HU itu diperkaitkan dengan tugas.
  • HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  • Mendapat kelulusan Majlis Angkata Tentera (MAT).
  • Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.

Tentang Elaun Layanan Sentiasa (ELS)

  • Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dibayar secara bulanan kepada anggota yang mengalami hilang upaya 100%.

Berapakah nilai ELS yang akan dibayar?

Formula bayaran seperti berikut:

Nilai Ex-Gratia Bulanan (EXB) x 0.4 = Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
(maksimum RM500 sebulan)*

* Perkiraan ELS yang mana lebih menguntungkan di antara PPAT 82 dan PMAT 9/2008.

Bilakah ELS dibayar?

ELS dibayar secara bulanan.

Cara pembayaran

ELS akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

  • Anggota hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT/PPAT atau hospital yang berhampiran.
  • Sekiranya anggota mengalami HU Kekal, satu Lembaga Perubatan perlu diadakan.
  • LPS akan bersidang bagi memperakui peratus HU dan samada kecederaan tersebut diperkaitkan dengan tugas atau tidak.
  • JRP akan memproses kelulusan bayaran dan pembayaran akan dilaksanakan oleh JHEV.

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim

[Maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[Maklumat sedang dikemaskini]