Soalan yang lazim yang sering ditanya mengikut topik. Sila hubungi kami jika anda masih mempunyai soalan yang disenaraikan di sini.
Veteran kemukakan permohonan dan dokumen sokongan melalui emel/pos. Permohonan lengkap yang diterima akan disemak bagi memastikan kelayakan pemohon dan tertakluk kepada pertimbangan kelulusan Pendaftar iaitu Ketua Pengarah JHEV ATM. Pemakluman status permohonan adalah melalui telefon/surat atau boleh hubungi Unit Kad Veteran di talian 03-2050 8111/03-2050 8078/8119.
Veteran kemuka permohonan melalui emel/telefon/pos. Kad Veteran akan dipos. Boleh hubungi Unit Kad Veteran di talian 03-2050 8111/03-2050 8078/8119.
Veteran kemuka permohonan semakan melalui emel atau telefon. Semakan status bayaran Faedah Persaraan akan dibuat dan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Pelarasan Faedah di talian 03-2050 8109/8128.
Waris kemuka permohonan melalui emel atau telefon. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Pelarasan Faedah di talian 03-2050 8109/8128 dan Unit Faedah Kematian, 03-2050 8126/8133/8145.
Waris boleh menghubungi Unit Inspektorat melalui WhatsApp di talian 016-4310182 atau melalui emel untuk majukan dokumen bagi tujuan pembayaran. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Inspektorat Sel WTD/Lain-lain: 03-2050 8140/8141.
Tuntutan Perubatan dan Tuntutan Perjalanan. Pemohon boleh mengemukakan tuntutan dengan memuat turun borang tuntutan melalui laman web JHEV atau terus menghubungi Unit Perubatan melalui Whatsapp 016-4350182 untuk mendapatkan softcopy borang tuntutan perubatan. Dokumen boleh dimajukan melalui pos/whatsapp/emel untuk tujuan memohon surat kelulusan. Bagi pemohon/syarikat yang ingin menghantar resit/invois asal untuk tujuan pembayaran, ianya boleh diletakkan di dalam kotak serahan dokumen yang disediakan di luar kaunter OSC.
GL. Veteran kemuka permohonan melalui emel atau telefon. GL akan diemel setelah semakan dibuat dan didapati layak.
Boleh hubungi Unit Perubatan
i. Sel Dialisis 03-2050 8081
ii. Sel Peralatan Perubatan 03-2050 8122
iii. Sel Ubat 03-2050 8075
iv. No. H/P (WhatsApp sahaja) 016-4350182
" Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
Jumlah mereka dianggarkan seramai 300,000 orang. Secara purata seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun.
Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM (MPHEV) di peringkat kebangsaan dan negeri merupakan platform bagi mengenalpasti permasalahan serta jalan penyelesaian yang sesuai untuk dijalankan oleh JHEV di peringkat kebangsaan dan negeri. Ini kerana, MPHEV dianggotai oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta.
MPHEV Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan manakala MPHEV Negeri pula dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Negeri berkaitan.
Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan, mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.
Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.
Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.
PERHEBAT berperanan sebagai pusat latihan dan kursus kepada bakal tentera dan Veteran ATM.
Manakala JHEV berperanan sebagai 'One Stop Agency' bagi urusan
- Pembayaran Faedah Persaraan ATM
- Bantuan Kebajikan
- Pembangunan Usahawan dan Sosisoekonomi
- Pendaftran Persatuan Veteran
- Kerjaya Kedua
Kesemua mereka bukan Veteran ATM sebagaimana definisi yang ditetapkan. Bermakna JHEV tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani permasalahan mereka.
JHEV mengiktiraf persatuan / pertubuhan / kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM selagi mana ianya berdaftar dengan JHEV berpandukan Akta Veteran 2012 .
Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman vibes.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing
Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.
Warganegara Malaysia yang diketegorikan sebagai Veteran ATM (rujuk definisi veteran ATM)
Bekas Anggota ATM
Bekas Anggota Bukan ATM
Veteran ATM
Veteran bukan anggota ATM
Antara masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:
Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya
Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.
Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).
Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:
Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.
Kecuali:
Skim Bantuan Peralatan Pesakit tidak terikat kepada mana-mana syarat skim lain dan layak untuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Skim Bantuan ini adalah terbuka kepada semua veteran dan berdasarkan kepada pengesahan doktor mengenai keperluan peralatan tersebut.
Semua permohonan wajib disertakan dengan memo perubatan daripada doktor kerajaan bagi mengesahkan keperluan peralatan tersebut. Gambar keadaan pesakit boleh disertakan bagi menyokong keperluan peralatan terbabit.
Ya. Bantuan Persekolahan mempunyai dua peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sekiranya anak telah tamat persekolahan peringkat rendah, anak yang sama perlu memohon semula bantuan diperingkat menengah.
Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu mengirimkan surat akuan penerimaan cek dan salinan buku akaun (BSN atau Affin sahaja) ke Cawangan JHEV Negeri yang terdekat atau dihantar terus ke Bahagian Kebajikan JHEV, Kuala Lumpur.
Ini bagi membolehkan pihak Kebajikan JHEV untuk mengemaskini maklumat penerima dalam senarai penerima kami. Melalui ini, bantuan akan dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun penerima.
Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.
Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.
Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam dan kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.
Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.
Terdapat lima skim bantuan kebajikan di bawah JHEV ATM iaitu:
a. Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)
b. Skim Bantuan Peralatan Pesakit
c. Skim Bantuan Persekolahan
d. Skim Bantuan Bencana Alam
e. Skim Kemasukan IPT
Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM boleh diperolehi di laman web rasmi JHEV ATM – Bantuan Untuk Veteran ATM. (www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan)
Semua borang permohonan perlu dikemukakan ke pejabat JHEV Cawangan berdasarkan negeri pemohon bermastautin seperti berikut:
Negeri/ Zon |
Alamat |
Selangor dan WPKL |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 1,301 Medan Tuanku, Tel: 03-2050 8000 |
Kelantan dan Terengganu |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM L2.02 Tingkat 2, Bangunan UTC, Tel: 09-7470 289 |
Kedah Perlis Pulau Pinang
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM 268, Kompleks Bangunan Shahab Perdana Tel: 04-7332 437 / 446 |
Perak |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Lot UTC 27, Aras 2, Tel: 05-2435 062 / 063 |
Melaka dan Negeri Sembilan
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Aras 1-A, Wisma Persekutuan Tel: 06-2345 931 / 932 |
Johor |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP Tel: 07-222 6564/ 07-226 7712 |
Pahang
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 1, Wisma Pahlawan Tel: 09-5142 235 / 295 |
Sabah |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Pintu C7-3, Tingkat 7, Tel: 088-259 120 / 088-267 506 |
Sarawak
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Sublot 38 (Survey Lot No 4232) Blok 233 Tel: 082-620 906 |
Semua borang permohonan perlu lengkap dengan ulasan Pengarah JHEV Cawangan/Negeri.Jika tiada, borang dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada JHEV Cawangan/Negeri untuk semakan semula dan ulasan.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Dalam tempoh PKP, dokumen tambahan tersebut boleh dikemukakan secara pos / e-mel ke JHEV Cawangan/Negeri atau Bahagian Kebajikan JHEV ATM (berdasarkan pihak yang memohon dokumen tambahan tersebut dikemukakan).
Sebagai tambahan, untuk Bahagian Kebajikan JHEV ATM, sebarang maklumat tambahan / maklum balas boleh dikemukakan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan. Bagi kes-kes khas seperti hilang tanpa dikesan, veteran menjadi tidak siuman/gila, dipenjarakan dan lain-lain, permohonan boleh dipanjangkan dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan.
Dalam tempoh PKP, sebarang pertemuan bersemuka perlu melalui proses temujanji terlebih dahulu.
BSH merupakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban sara hidup Veteran ATM atau tanggungan mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan. Kadar bantuan adalah RM300.00 sebulan untuk tempoh masa 3 tahun. Bantuan ini akan secara automatik ditamatkan sekiranya pemohon meninggal dunia atau menjadi tidak layak atas sebab-sebab tertentu.
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
a. Veteran ATM yang berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang ditetapkan atau
Veteran ATM yang berumur 60 tahun ke bawah dengan penyakit yang menghalang pekerjaan (Dibuktikan melalui surat pengesahan tidak boleh bekerja daripada Lembaga Perubatan Hospital Kerajaan) dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang ditetapkan atau
Veteran ATM yang berstatus OKU (berdaftar dengan JKM) dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang ditetapkan;
b. Balu yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang ditetapkan tanpa mengira had umur. Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
c. Anak yatim yang berumur tidak melebihi daripada 18 tahun atau tidak melebihi 23 tahun (jika sedang menuntut) yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang ditetapkan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK Perkapita adalah kadar purata pendapatan berdasarkan bilangan isi rumah.
Pada masa ini, bagi tujuan permohonan skim kebajikan JHEV ATM, kadar yang digunakan adalah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa sebanyak RM980.00 sebulan atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa sebanyak RM300.00 sebulan.
Boleh. Pemohon perlu mengemukakan semula borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM yang lengkap ke JHEV Cawangan/Negeri masing-masing setelah tamat tempoh 3 tahun tersebut. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.
Boleh. Pemohon perlu menyatakan maklumat sumbangan bulanan yang diterima dengan lengkap dan tepat di dalam Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.
Pemohon akan menerima wang bantuan di dalam akaun bank penerima di antara sebulan hingga 2 bulan selepas permohonan diluluskan. Dalam tempoh penerimaan bantuan, pemohon perlu memaklumkan JHEV Negeri/ Bahagian Kebajikan JHEV ATM dengan segera sekiranya berlaku pertukaran akaun bank bagi mengelakkan sebarang isu pembayaran.
Pemohon disyorkan untuk mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV dan satu sesi siasatan akan dilaksanakan oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri masing-masing. Permohonan akan diangkat di dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan. Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada pemohon.
Veteran tersebut hendaklah segera memaklumkan kepada pihak JHEV Negeri/JHEV ATM (ibu pejabat) mengenai perkara ini dan mengemukakan maklumat alamat tempat tinggal, maklumat isi rumah, maklumat bank baharu di luar negara tersebut. Sekiranya melepasi penilaian semula BSH, bayaran akan diteruskan melalui akaun baharu tersebut.
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya. Kadar bantuan adalah maksima RM5000 mengikut jenis peralatan-peralatan yang dimohon.
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
Boleh. Keluarga boleh memohon untuk membuat tuntutan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak JHEV Cawangan/Negeri.
Tidak. Peralatan tersebut adalah untuk kegunaan pemohon. Sekiranya tanggungan beliau turut mempunyai masalah kesihatan yang sama dan disyorkan doktor untuk mendapatkan peralatan pesakit yang sama, permohonan baru perlu dibuat atas nama tanggungan veteran ATM tersebut.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan di dalam satu mesyuarat khas yang turut dihadiri oleh doktor perubatan kerajaan yang dilantik. Jenis peralatan dan kadar harga ditentukan berdasarkan jenis penyakit yang dihadapi dan laporan perubatan/dokumen tambahan jika perlu. Pemohon akan dibayar atau dibekalkan dengan peralatan pesakit yang sepatutnya berdasarkan penentuan tersebut.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Skim ini merupakan bantuan kewangan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah/vokasional. Tempoh bantuan adalah sepanjang tempoh persekolahan di peringkat tersebut. Kadar bantuan adalah seperti berikut:
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
Kadar bantuan disyorkan berdasarkan tempoh terpanjang atau kadar tertinggi yang boleh dinikmati oleh pemohon. Contohnya:
Darjah 1 – RM500 x 6 tahun (sehingga Tahun 6) = RM3,000.00
Tingkatan 2 – RM700 x 4 tahun (sehingga Ting. 5) = RM2,800.00
Vokasional – RM700 x 5 tahun (sehingga umur 19 tahun) = RM3,500
## Pemohon akan diluluskan kadar RM700 setahun bagi anak yang belajar di Tingkatan 3 sekolah Vokasional tersebut.
Tidak boleh. Satu keluarga hanya layak satu permohonan sahaja
Tidak boleh. Hanya pemegang kad veteran boleh memohon jika masih hidup. Puan boleh meminta bekas suami membuat permohonan jika layak.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan struktur terhadap kediaman beliau sehingga menyebabkan kediaman tersebut tidak selamat atau tidak boleh didiami oleh pemohon dan tanggungan
Kadar bantuan adalah sehingga RM10,000 mengikut penilaian kerosakan
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
Penilaian kerosakan struktur akan dilaksanakan oleh Jurutera Awam (JKR) yang dilantik. Penilaian kerosakan hanya melibatkan struktur rumah kediaman dan tidak termasuk perabot dan peralatan elektrik atau kenderaan pemohon. Kadar bantuan akan berdasarkan penilaian oleh Jurutera Awam tersebut bagi kerosakan yang berkaitan sahaja
Kerosakan struktur rumah belum berlaku. Sehubungan itu, permohonan tidak dapat dipertimbangkan. Namun, pemohon disyorkan untuk memaklumkan isu ini kepada JHEV ATM Cawangan/Negeri untuk khidmat nasihat atau memanjangkan pemakluman secara bertulis kepada Ketua Pengarah JHEV ATM untuk perhatian beliau.
Pemohon disyorkan untuk membuat pemakluman kepada JHEV ATM Cawangan/Negeri untuk khidmat nasihat dan tindakan lawatan bencana. Seterusnya mengemukakan permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Skim Kebajikan JHEV ATM. Pertimbangan akan diberi jika melepasi syarat-syarat kelayakan.
Pagar, awning, bahagian parkir/garaj, stor peralatan dan lain-lain bahagian rumah yang bukan merupakan kawasan yang boleh ‘didiami’ oleh pemohon tidak dianggap struktur rumah kediaman.
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik dan IPTS terpilih bagi anak-anak Veteran ATM.
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan.
Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Tidak. Pada masa ini pertimbangan bantuan hanya diberi sekali sahaja bagi seseorang anak pemohon. Syarat ini masih terpakai setakat ini.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:
Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028
Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.
BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:
Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028
JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman. Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.
Semua kaunter urusan hal ehwal persatuan adalah DITUTUP selaras dengan arahan YAB Perdana Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai hal ehwal berkaitan persatuan bolehlah dikemukakan melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui telefon di talian 03-2697 6600/ 03-2050 8000.
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan semua dokumen secara pos ke alamat seperti berikut:
Unit Hal Ehwal Persatuan,
Bahagian Dasar,
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
301, Medan Tuanku, Tingkat 2,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
Pengurusan permohonan dan urusan berkaitan persatuan adalah berjalan seperti biasa. Sebarang bentuk pembayaran fi boleh dilaksanakan secara pos
Pihak pertubuhan ADALAH DILARANG untuk melaksanakan aktiviti perhimpunan/ persidangan/mesyuarat agung tahunan sehingga dimaklumkan kelak. Perkara ini adalah selaras dengan arahan Pendaftar Persatuan berhubung penularan wabak COVID-19. Hal ini juga mengambil kira arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan yang memohon agar semua rakyat Malaysia mengelakkan sebarang bentuk mass gathering atau mengadakan perhimpunan di sesuatu tempat yang boleh mengakibatkan penularan wabak COVID-19. Susulan itu, sebarang aktiviti hendaklah berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Oleh itu, sebarang pelaksanaan mesyuarat dan aktiviti persatuan secara bersemuka hendaklah ditangguhkan sehingga keadaan dan situasi kembali pulih.
Boleh. Perkara ini mengambil kira arahan PKP yang melarang sebarang bentuk mass gathering dilaksanakan. Walau bagaimanapun, tatacara pengurusan mesyuarat hendaklah mematuhi dan selaras dengan kehendak perlembagaan pertubuhan. Semua dokumentasi yang berkaitan dengan perbincangan harus ada sebagai pembuktian suatu perbincangan telah diadakan seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan. Hal ini terpakai bagi pertubuhan yang bercadang untuk melaksanakan perbincangan dan mesyuarat menggunakan konsep virtual atau video call.
Boleh dan adalah digalakkan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan secara fizikal dan ia mampu mengelakkan daripada wabak Covid-19 daripada terus menular dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak tersebut. Pada era teknologi ini seharusnya pertubuhan mengambil peluang untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional dalam pengurusan pertubuhan masing-masing. Perkara yang sama juga terpakai ke atas mesyuarat bulanan atau mesyuarat jawatankuasa atau apa jua bentuk mesyuarat yang telah diperuntukan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Persatuan disaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara maya menggunakan konsep Webinar atau persidangan video. Antara aplikasi yang sering digunakan dan boleh digunapakai adalah seperti berikut :
Pendaftar tidak menetapkan sebarang syarat berhubung cara dan kaedah pengendalian mesyuarat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, segala peruntukan seperti korum mesyuarat, pengeluaran notis, usul, topik pembentangan dan lain-lain perkara berkaitan hendaklah selaras dengan apa yang telah diperuntukan di dalam undang-undang tubuh persatuan (perlembagaan persatuan). Minit Mesyuarat juga hendaklah disediakan dengan lengkap dan menjadi tanggungjawab pertubuhan untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan direkodkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu mesyuarat semasa mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Persatuan selaras dengan Akta Veteran 2012 [Akta 740].
Pihak persatuan berdaftar boleh mengemukakan sebarang persoalan melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menelefon talian 03-2697 6600/ 03-2050 8000.