Skip to main content
Tentang Jabatan

Majlis Veteran Kebangsaan (MVK)

Majlis Veteran Kebangsaan merupakan satu badan yang ditubuhkan berdasarkan Akta 740 - Akta Veteran 2012 di bawah perintah Seksyen 3. Fungsi Majlis Veteran Kebangsaan adalah seperti berikut:

  • Merumuskan dasar utama dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;

  • Menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;

  • Menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan veteran dengan kementerian, agensi, badan atau organisasi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta;

  • Menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan mana-mana perundangan atau pindaan mana-mana perundangan sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran;

  • Menasihatkan Kerajaan mengenai isu hal ehwal veteran termasuklah perkembangan di peringkat antarabangsa;

  • Menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia; dan

  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.

group Photo MVK
menhan

Ahli Majlis Veteran Kebangsaan

YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Menteri Pertahanan

Pengerusi MVK

YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan

Timbalan Pengerusi MVK

Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman

Panglima Angkatan Tentera

Ahli Dilantik

Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota

Ahli Tetap

Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Setiausaha MVK

Leftenan Jeneral Dato' Sri Abdul Aziz bin Ibrahim ( Bersara)

Presiden Persatuan Pegawai - Pegawai Bersara Angkatan Tentera

Ahli Lantikan

Mejar Dato' Haji Sazali bin Haji Ismail

Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia

Ahli Lantikan

Dato' Haji Ismail bin Haji Abidin

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia

Ahli Lantikan

Mejar Jeneral Dato' Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah

Naib President 1 Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia

Ahli Lantikan

Hubungi

Majlis Veteran Kebangsaan

Bahagian Dasar,
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,
Tingkat 2,
301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur.

Bilangan Pelawat

3145546
Hari Ini: 368
Jumlah Pelawat: 3,145,546

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM