Ketahui proses menubuhkan persatuan veteran dan senarai persatuan veteran yang ada.
Akta Veteran 2012
Lihat Akta Veteran 2012
Proses Pendaftaran Persatuan
Secara amnya proses pendaftaran persatuan veteran adalah seperti berikut:
-
Penubuhan Induk.
Menggunakan Borang 3 disamping menyertakan bersama:
- Perlembagaan Pesatuan.
- Senarai Ahli Jawatankuasa.
- Minit Mesyuarat Penubuhan yang telah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan utama persatuan itu.
- Surat Kebenaran Menggunakan Alamat (Jika berkenaan)
- Wang Pos RM100.
-
Penubuhan Cawangan.
Menggunakan Borang 7 disamping menyertakan bersama:
- Salinan butir-butir kenyataan/akaun bank persatuan
- Perlembagaan Persatuan jika berlainan dari persatuan induk
- Wang Pos RM50.
-
Pendaftaran Veteran.
Menggunakan Borang 1 dan dimajukan kepada Jabatan Arah Rekod dan Pencen Markas ATM.
Permohonan lengkap dihantar melalui JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan dan Ibu Pejabat JHEV ATM. JHEV Cawangan Negeri akan menyemak dan memajukan ke Ibu Pejabat JHEV untuk diproses selanjutnya.
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Senarai Persatuan Veteran
Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 141 persatuan induk dan 329 persatuan cawangan telah mendaftar di bawah JHEV menjadikan jumlah sebanyak 470 persatuan berdaftar.