Akta Veteran ATM 2012 (Akta 740) telah diluluskan pewartaannya pada 7 Oktober 2015 dan berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015.
Akta ini merupakan usaha pertama bagi memperundangkan hal ehwal Veteran ATM dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Melalui Akta ini pendaftaran persatuan veteran dan veteran adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia. Pendaftaran ini melibatkan kategori berikut:
-
Pendaftaran persatuan veteran yang telah berdaftar dengan JPMM/ROS.
Persatuan veteran yang telah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPMM/ROS) adalah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas itu (15 Oktober 2015) memohon kepada Pendaftar (Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran) untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebagai persatuan veteran untuk menjalankan apa-apa aktiviti veteran. Ini bermakna persatuan veteran hendaklah dalam tempoh tiga bulan mulai 15 Oktober 2015 sehingga 15 Januari 2015 berdaftar dengan JHEV ATM.
-
Pendaftaran veteran.
Veteran yang menamatkan perkhidmatan selepas Akta ini berkuatkuasa hendaklah berdaftar dengan Ibu Pejabat JHEV ATM. Walau bagaimanapun bagi mereka yang menamatkan perkhidmatan sebelum Akta ini berkuatkuasa dikira berdaftar sebagai veteran. Selepas pendaftaran, Kad Veteran akan dikeluarkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
-
Penubuhan persatuan veteran.
Permohonan pendaftaran persatuan veteran dilaksanakan mengikut keperluan semasa berdasarkan kepada permohonan yang diterima.
Muat turun Akta Veteran 2012
Akta Veteran 2012