Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Bantuan

Soalan Lazim

Soalan yang lazim yang sering ditanya mengikut topik. Sila hubungi kami jika anda masih mempunyai soalan yang disenaraikan di sini.


Umum

Siapakah yang dikategorikan sebagai Veteran ATM?

" Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

  • angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  • angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  • Force 136;
  • Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
  • Sarawak Rangers
Berapakah jumlah Veteran ATM?

Jumlah mereka dianggarkan seramai 300,000 orang. Secara purata seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun.

JHEV mempunyai Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM Peringkat Kebangsaan dan di semua negeri. Apakah peranan Majlis tersebut?

Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM (MPHEV) di peringkat kebangsaan dan negeri merupakan platform bagi mengenalpasti permasalahan serta jalan penyelesaian yang sesuai untuk dijalankan oleh JHEV di peringkat kebangsaan dan negeri. Ini kerana, MPHEV dianggotai oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta.

MPHEV Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan manakala MPHEV Negeri pula dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Negeri berkaitan.

Adakah sebarang keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Veteran ATM?

Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan, mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.

Bagaimana menjadi ahli Veteran ATM?

Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM. 

Adakah Veteran ATM boleh mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara (IJN)?

Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.

Apakah perbezaan peranan antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan JHEV?

PERHEBAT berperanan sebagai pusat latihan dan kursus kepada bakal tentera dan Veteran ATM.

Manakala JHEV berperanan sebagai 'One Stop Agency' bagi urusan 

- Pembayaran Faedah Persaraan ATM

- Bantuan Kebajikan 

- Pembangunan Usahawan dan Sosisoekonomi

- Pendaftran Persatuan Veteran

- Kerjaya Kedua

Apakah yang dikatakan sebagai hospital / klinik Kerajaan?

Mana-mana hospital / klinik yang ditadbir oleh kerajaan termasuklah mana-mana hospital universiti dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekutuan. (RSAT dan HAT adalah tergolong dalam definisi ini)

Bagaimana dengan Homeguard, Pasukan Pertahanan Negeri dan Wataniah di hujung minggu?

Kesemua mereka bukan Veteran ATM sebagaimana definisi yang ditetapkan. Bermakna JHEV tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani permasalahan mereka.

Adakah JHEV mengiktiraf persatuan/pertubuhan/kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM?

JHEV mengiktiraf persatuan / pertubuhan / kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM selagi mana ianya berdaftar dengan JHEV berpandukan Akta Veteran 2012 .

Pencen

Bagaimana saya ingin mendapatkan Penyata Pencen tahun ini?

Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman vibes.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing

Perlukah saya menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan semasa memohon untuk tuntutan bayaran balik perubatan?

Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.

Apakah kelayakan untuk menerima Faedah Perubatan daripada JHEV?

Veteran:

Warganegara Malaysia yang diketegorikan sebagai Veteran ATM (rujuk definisi veteran ATM)

Bekas Anggota ATM

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

  • Pasukan Force 136
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  • Sarawak Rangers

Tanggungan:

Veteran ATM

  • Diri sendiri
  • Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran ATM.
  • Isteri/suami yang dikahwini selepas perkhidmatan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  • Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
  • Berumur di bawah 18 tahun
  • Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  • Bagi yang kurang upaya :
  • Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani;
  • Ketidakupayaan itu kekal;
  • Tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan
  • ketidakupayaan hendaklah berlaku  sebelum mencapai umur 21 tahun.
  • ** Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat " ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun " adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja.

Veteran bukan anggota ATM

  • Diri sendiri
  • Isteri/Suami
Apakah masalah yang sering dihadapi oleh anggota tentera selepas persaraan daripada perkhidmatan?

Antara masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Kewangan
  • Penceraian
  • Pesara bankrup/ dipenjarakan
  • Perlantikan Wakil Diri yang sah
Bagaimanakah perkiraan bayaran Faedah Hilang Upaya kepada Veteran ATM?

Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya

Jika Veteran ATM meninggal dunia, apakah faedah-faedah kematian yang akan diberikan kepada keluarga Veteran ATM?

Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah pemberian Faedah Gantian Cuti Rehat kepada Veteraan ATM?

Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.

Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).

Saya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:

  1. Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
  2. Isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KV
  3. Sila majukan borang berkenaan bersama dengan;
    1. Laporan polis
    2. Salinan buku perkhidmatan
    3. Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
    4. Salinan sijil nikah
    5. Sekeping gambar berukuran pasport

Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.

Bantuan Kebajikan

Siapakah yang layak memohon?
  • Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun);
  • Balu kepada Veteran ATM;
  • Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.

Kecuali:

  • Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
  • Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.
Apakah skim-skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh veteran ATM?

Terdapat lima skim bantuan kebajikan di bawah JHEV ATM iaitu:

    a. Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)

    b. Skim Bantuan Peralatan Pesakit

    c. Skim Bantuan Persekolahan

    d. Skim Bantuan Bencana Alam

    e. Skim Kemasukan IPT

Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM boleh diperolehi di laman web rasmi JHEV ATM – Bantuan Untuk Veteran ATM. (www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan)

Dimanakah Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM perlu dikemukakan?

Semua borang permohonan perlu dikemukakan ke pejabat JHEV Cawangan berdasarkan negeri pemohon bermastautin seperti berikut:

Negeri/ Zon

Alamat

Selangor dan WPKL

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 1,301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Peti Surat 13191,
50802 Kuala Lumpur.
Malaysia.

Tel: 03-2050 8060/ 8040/ 8037

Kelantan dan Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu

L2.02 Tingkat 2, Bangunan UTC,
Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu Kelantan

Tel: 09-7470 289
Faks: 09-747 0499

Kedah

Perlis

Pulau Pinang

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

268, Kompleks Bangunan Shahab Perdana
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star Kedah

Tel: 04-7332 437 / 446
Faks: 04-7332 592

Perak

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Perak

Lot UTC 27, Aras 2,
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak,
Off Jalan Dato` Onn Jaafar,
30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-2435 062 / 063
Faks: 05-2435 124

Melaka dan Negeri Sembilan

 

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Aras 1-A, Wisma Persekutuan
Jalan MITC, Hang Tuah
75450 Air Keruh Melaka

Tel: 06-2345 931 / 932
Faks: 06-2345 930

Johor

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Johor

Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP
Jalan Datuk Dalam
80000 Johor Bahru. Johor

Tel: 07-222 6564/ 07-226 7712
Faks: 07-222 1148

Pahang

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Pahang

Tingkat 1, Wisma Pahlawan
Jalan Gambut 25000
Kuantan Pahang

Tel: 09-5142 235 / 295
Faks: 09-5142 275

Sabah

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Sabah

Pintu C7-3, Tingkat 7,
Blok C, Bangunan KWSP
Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu. Sabah

Tel: 088-259 120 / 088-267 506
Faks: 088-5142 275

Sarawak

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Sarawak

Sublot 38 (Survey Lot No 4232) Blok 233
Kuching North Land District
Batu 6 1/2 Jln Penrissen
93250 Kuching Sarawak

Tel: 082-620 906
Faks: 082-620 799

Bolehkah saya mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM secara terus ke Bahagian Kebajikan, JHEV ATM?

Boleh. Walau bagaimanapun disyorkan supaya borang tersebut untuk dihantar terus ke negeri bagi mengelakkan kelewatan proses, kerana semua borang permohonan perlu lengkap dengan ulasan Pengarah JHEV Cawangan Negeri. Jika tiada, borang dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada JHEV Cawangan Negeri untuk semakan semula dan ulasan.

Bagaimanakah caranya jika saya ingin mendapatkan sebarang maklumat seperti cara memohon, status permohonan, status bayaran atau lain-lain maklumat tambahan?

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.

Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:

Jenis Pertanyaan

Nombor Sambungan Telefon

Nombor Hotline

Skim Bantuan Sara Hidup

8034/ 8038/ 8029

019-2750943

Skim Bantuan Peralatan Pesakit

8036 / 8029

019-3804635

Skim Bantuan Persekolahan

8036 / 8026/ 8029

019-3804635

Skim Bantuan Bencana Alam

8033 / 8032

019-2950943

Skim Kemasukan IPT

8033 / 8029

8033 / 8029

Lain-lain / Am Bah. Kebajikan

8014

-

Saya telah dihubungi dan diminta untuk mengemukakan dokumen tambahan permohonan. Bagaimana cara untuk saya mengemukakan dokumen tersebut

Dalam tempoh PKP, dokumen tambahan tersebut boleh dikemukakan secara pos / e-mel ke JHEV Cawangan/Negeri atau Bahagian Kebajikan JHEV ATM (berdasarkan pihak yang memohon dokumen tambahan tersebut dikemukakan).

Sebagai tambahan, untuk Bahagian Kebajikan JHEV ATM, sebarang maklumat tambahan / maklum balas boleh dikemukakan melalui emel jhev.kebajikan@jhev.gov.my

Bekas suami saya merupakan veteran ATM. Selepas bercerai, beliau tidak dapat dihubungi/hilang tanpa dikesan. Bolehkah saya memohon mana-mana bantuan kebajikan berkaitan bagi menyara/kemudahan anak-anak saya bersama bekas suami tersebut.

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan. Bagi kes-kes khas seperti hilang tanpa dikesan, veteran menjadi tidak siuman/gila, dipenjarakan dan lain-lain, permohonan boleh dipanjangkan dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan.

Saya berhasrat untuk bertemu dengan mana-mana pegawai berkaitan permohonan skim kebajikan. Bolehkah saya berbuat demikian?

Dalam tempoh PKP, sebarang pertemuan bersemuka perlu melalui proses temujanji terlebih dahulu.

Apakah Pendapatan Paras Garis Kemiskinan (PGK)?

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK Perkapita adalah kadar purata pendapatan berdasarkan bilangan isi rumah.

Pada masa ini, bagi tujuan permohonan skim kebajikan JHEV ATM, kadar yang digunakan adalah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa sebanyak RM1236.00 sebulan atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa sebanyak RM348.00 sebulan.

Saya berpendapatan isi rumah RM1,256.00 sebulan iaitu melebihi RM20 sahaja daripada kadar PGK yang ditetapkan dan tidak dapat bekerja disebabkan masalah penyakit yang dihadapi. Bolehkah saya memohon BSH?

Pemohon disyorkan untuk mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV dan satu sesi siasatan akan dilaksanakan oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri masing-masing. Permohonan akan diangkat di dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan. Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada pemohon.

Jika Veteran ATM yang sedang menerima bantuan BSH itu meninggal dunia, adakah bantuan ini layak diberikan kepada balu atau duda kepada veteran ATM tersebut?

BSH akan dihentikan kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia itu. Balu atau duda kepada veteran tersebut perlu mengemukakan permohonan baharu melalui JHEV ATM Cawangan Negeri untuk membolehkan pembayaran BSH dibuat di atas nama balu atau duda tersebut. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri dikehendaki menguruskan permohonan berkenaan dan mengemukakan ke Bahagian Kebajikan JHEV Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut (diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan JKKP).

Jika Veteran ATM yang sedang menerima bantuan ini ditangkap oleh pihak berkuasa dan dimasukkan ke penjara (telah dijatuhkan hukuman), bagaimana dengan pembayaran BSH tersebut?

Pembayaran BSH akan diteruskan seperti biasa, namun waris perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak JHEV ATM dengan kadar segera. Pembayaran akan dibuat melalui waran dan bukalah melalui "Elektronic Fund Transfer( EFT)"..

Saya telah menerima cek bantuan BSH pertama kali dari JHEV. Saya kurang faham apa tindakan saya selanjutnya.

Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu membawa cek tersebut pada pihak bank untuk ditunaikan . Tempoh sah laku cek ialah sehingga 3 bulan daripada tarikh cek dikeluarkan.

Bagaimana pembayaran BSH kepada Veteran ATM yang tidak mempunyai nombor akaun yang aktif (menjadi mangsa scam, Veteran ATM terlibat dengan mana-mana kegiatan yang menyebabkan akaun banknya dibekukan)?

BSH boleh diteruskan bayarannya melalui kaedah lain seperti pengeluaran waran. Bayaran BSH juga boleh dimasukkan ke dalam akaun isteri atau suami atau anak dengan persetujuan veteran tersebut (tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan JKKP). Walau bagaimanapun, JHEV ATM tidak boleh dikaitkan dengan sebarang perkara berbangkit atau pertelingkahan mengenai bayaran ini kelak.

Veteran ATM mempunyai dua orang isteri, isteri pertama “digantung tidak bertali” dan menetap di Malaysia manakala isteri kedua menetap di luar negara bersama dengan veteran. Veteran mempunyai kerjaya di luar negara dan mempunyai kehidupan yang baik dari segi pendapatan. Isteri pertama telah mengemukakan permohonan BSH memandangkan kehidupannya agak susah.

Adakah permohonan ini boleh dipertimbangkan?

 a. Merujuk kepada kes ini, isteri tersebut tidak layak menerima BSH memandangkan suaminya (Veteran ATM) masih hidup. Kos sara hidup bagi keluarga isteri pertama ini masih menjadi tanggungjawab veteran berkenaan. Seperti yang dimaklumkan, BSH atau apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan adalah kepada Veteran ATM. Status Veteran ATM itu akan membolehkan ianya dipertimbangkan kemudahan-kemudahan ini. Walau bagaimanapun, jika terdapat situasi yang menyebabkan veteran itu tidak lagi mampu mengurus peruntukan BSH ini (veteran sakit terlantar, veteran hilang ingatan, gila, hilang tanpa dikesan, lari meninggalkan keluarga dan sebagainya) maka isteri atau waris boleh memohon BSH ini. JKKP akan menimbang permohonan ini secara case by case.

 b. Pertikaian berhubung dengan situasi “digantung tidak bertali” harus diselesaikan di peringkat keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, JHEV ATM boleh membantu waris tersebut untuk mendapatkan bantuan di bawah agensi kerajaan yang berkaitan (jika ada).

Adakah balu atau duda kepada Veteran ATM yang dikahwini selepas tamat tempoh perkhidmatan layak memohon BSH?

Balu atau duda veteran yang dikahwini selepas tamat tempoh perkhidmatan layak untuk memohon BSH bagi tempoh 3 tahun. Permohonan penyambungan semula perlu dibuat sekiranya bantuan masih diperlukan selepas tempoh 3 tahun.

Bolehkah saya memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) jika saya telah menerima bantuan Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal dan lain-lain agensi?

Boleh. Pemohon perlu menyatakan maklumat sumbangan bulanan yang diterima dengan lengkap dan tepat di dalam Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.

Adakah bekas isteri yang diceraikan layak memohon BSH?

Bekas isteri yang diceraikan tidak layak memohon BSH dan lain-lain bantuan atau kemudahan yang berkaitan. Prinsip yang sama dipakai dalam pengurusan pencen dan lain-lain kemudahan kepada perkhidmatan awam termasuk ATM

Apakah yang perlu dilakukan jika veteran sedang menerima bayaran BSH ingin berhijrah ke luar negara?

Veteran ATM yang bermastautin di luar negara adalah tidak layak dipertimbangkan BSH. Oleh itu perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada JHEV ATM untuk tujuan penamatan segera bantuan BSH bagi mengelakkan berlakunya amaun terlebih bayar yang perlu dipulangkan semula.

Apakah balu kepada Veteran ATM yang berstatus warganegara asing boleh memohon BSH?

Balu/duda kepada Veteran ATM yang berstatus warganegara asing layak memohon BSH dengan syarat balu/duda tersebut masih menetap di Malaysia dan menepati semua kriteria pemberian BSH yang berkuatkuasa. Memandangkan balu/duda veteran yang berstatus warganegara asing tidak mempunyai kad pengenalan, maka pihak JHEV ATM Cawangan Negeri hendaklah sentiasa mengemaskini status hidup mati, perkahwinan, pertukaran alamat penerima BSH tersebut setiap 6 bulan sekali dan jika didapati telah meninggal dunia atau telah berkahwin semula, maka bayaran BSH akan dihentikan serta-merta

Adakah Veteran ATM yang diistihar muflis boleh diberi BSH?

Veteran ATM yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insovensi Malaysia boleh memohon BSH dengan mengemukakan permohonan bersama-sama pengesahan Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan veteran telah muflis. Permohonan akan dipertimbangkan oleh JKKP. Bagi permohonan yang berjaya, veteran perlu membawa surat kelulusan BSH ini ke Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mendapatkan kebenaran   membuka akaun bank. Dengan surat sokongan daripada Jabatan   Insolvensi Malaysia, veteran boleh membuka akaun bank (tertakluk kepada persetujuan bank yang berkenaan) dan permohonan BSH boleh dikreditkan ke akaun tersebut setiap bulan.

Veteran ATM telah mengalami hilang upaya (sakit dan terlantar serta tidak berupaya mengurus diri sendiri), dan mempunyai 2 orang isteri yang tinggal berasingan. Adakah isteri-isteri tersebut boleh memohon diberi bayaran BSH?

Bagi kes di atas, isteri-isteri berkenaan boleh memohon BSH dan perkara ini akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat JKKP. Dalam hal ini, JHEV ATM mengambil ketetapan bahawa perkara ini boleh dan wajar dipertimbangkan memandangkan bantuan yang diberi adalah untuk membantu kos sara hidup veteran ATM dan keluarganya. Selain itu, dasar Pencen Terbitan juga membenarkan pembayaran.

Apakah Skim Bantuan Persekolahan (BSK)

Skim Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.

Siapakah yang layak memohon?
  • Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah atau perkapita layak memohon bantuan ini.

  • Hanya seorang anak sahaja LAYAK dipertimbangkan bantuan persekolahan bagi seorang Veteran ATM.

Bilakah permohonan boleh dikemukakan?

Permohonan BSK boleh dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Berapakah kadar bantuan yang akan diluluskan?

Bantuan Persekolahan ini dibayar secara tahunan dengan kadar RM500.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00 setahun bagi sekolah menengah atau vokasional.

Berapa lamakah tempoh pembayaran ini dibuat?

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuat kuasa selama mana anak tersebut masih menuntut di sekolah rendah atau sekolah menengah atau vokasional. Bantuan akan terhenti jika anak veteran tersebut tamat persekolahan yang diluluskan, contohnya tamat darjah 6, tingkatan 5 atau 6 atau mencapai umur 19 tahun bagi yang menuntut di Kolej Vokasional.

Veteran mempunyai dua orang anak, seorang masih belajar di sekolah rendah dan seorang di sekolah menengah. Adakah veteran layak memohon kedua-dua BSK sekolah rendah rendah dan sekolah menengah?

BSK hanya layak diberi kepada seorang anak sahaja sama ada yang menuntut di sekolah rendah atau sekolah menengah. Veteran hendaklah memilih sama ada untuk memohon BSK peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah semasa mengemukakan permohonan tersebut.

Anak saya bakal menamatkan pembelajarannya diperingkat rendah. Adakah saya perlu mengemukakan permohonan baharu bagi pembelajarannya diperingkat menengah kelak?

Ya. Bagi anak yang sedang menerima BSK di peringkat sekolah rendah dan akan menamatkan pembelajaran di peringkat rendah tersebut, hendaklah mengemukakan permohonan baharu bagi dipertimbangkan BSK peringkat menengah.

Suami saya seorang Veteran ATM telah pun meninggal dunia dan kini saya telah berkahwin semula. Bolehkah saya memohon bantuan persekolahan bagi anak saya.

Tidak boleh. Balu/Duda kepada Veteran ATM yang telah berkahwin semula TIDAK LAYAK memohon sebarang bantuan kebajikan. Permohonan hanya boleh dibuat ke atas nama anak dibawah kategori anak yatim dan bayaran bantuan akan disalurkan terus ke akaun anak itu sendiri.

Jika Veteran ATM yang sedang menerima bantuan BSK itu meninggal dunia, adakah bantuan ini layak diberikan kepada balu atau duda kepada veteran ATM tersebut?

BSK akan dihentikan kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia itu. Balu atau duda kepada veteran tersebut perlu mengemukakan permohonan baharu melalui JHEV ATM Cawangan Negeri untuk membolehkan pembayaran BSK dibuat di atas nama balu atau duda tersebut. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri dikehendaki menguruskan permohonan berkenaan dan mengemukakan ke Bahagian Kebajikan JHEV Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut (diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan JKKP).

Apakah BSK ini masih boleh diberi kepada anak veteran yang menerima apa-apa biasiswa bulanan atau bantuan bulanan yang lain?

Ya, BSK masih boleh diberi kepada anak-anak veteran yang menerima bantuan biasiswa atau bantuan bulanan yang lain kerana tujuan bayaran ini adalah untuk membantu membiayai perbelanjaan anak-anak veteran untuk memulakan persekolahan.

Apakah Skim Bantuan Kemasukan IPT?

Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik dan IPTS terpilih bagi anak-anak Veteran ATM.

Berapakah kadar bantuan di bawah skim ini?

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  1. RM1000 bagi pengajian peringkat Diploma;
  2. RM1500 bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Kemasukan IPT?

 

  1. Veteran – Pemilik Kad Veteran
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan
  4. Had Umur Anak – tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran
  5. Pengajian sepenuh masa dan di dalam Negara sahaja
  6. Kursus Pengajian Profesional tidak layak dipertimbangkan
  7. Kursus berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan tidak layak dipertimbangkan
Adakah JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan IPTA/ Politeknik bagi anak veteran ATM yang belajar di IPTS?

JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan ke IPTA dan politeknik kerajaan sahaja.

Anak saya mendapat tawaran bagi pengajian peringkat diploma di UITM dan telah mendaftar masuk dan membuat bayaran yuran pendaftaran. Bolehkah saya memohon bantuan ini?

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) layak dipertimbangkan Bantuan Kemasukan ke IPT. Dalam hal ini, pemohon layak memohon bantuan ini. Pemohon perlu mengemukakan surat tawaran mengikuti pengajian peringkat Diploma di UITM beserta resit bayaran pendaftaran yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan bantuan ini dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Anak saya telah mendaftar dan belajar di UITM pada bulan September tahun 2022 bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama. Bolehkah saya memohon bantuan ini pada tahun 2023?

Boleh, permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dikemukakan sebelum 30 September pada tahun 2023

Anak saya mendapat tawaran bagi pengajian peringkat diploma di UITM. Bolehkah saya terus memohon bantuan ini?

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan.

Anak saya telah mendaftar dan belajar di UITM pada tahun lepas bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama. Bolehkah saya memohon bantuan ini.

Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Anak saya telah ditawarkan melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di IPTS. Bagaimanakah saya ingin menyemak sama ada IPTS tersebut tersenarai bagi tujuan permohonan?

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.

Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:

 

Jenis Pertanyaan

Nombor Sambungan Telefon

Skim Bantuan Sara Hidup

8034/ 8038

Skim Bantuan Peralatan Pesakit

8036 / 8029

Skim Bantuan Persekolahan

8036 / 8026

Skim Bantuan Bencana Alam

8033 / 8032

Skim Kemasukan IPT

8033 / 8029

Lain-lain / Am Bah. Kebajikan

8014

 

Apakah Skim Bantuan Peralatan Pesakit (BPP)

Skim Bantuan Peralatan Pesakit bertujuan membantu Veteran ATM dan orang tanggungan yang memerlukan untuk membeli peralatan bantuan perubatan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.

Siapakah yang layak memohon?

Permohonan boleh dibuat oleh:

  • Veteran ATM (berpencen atau tidak berpencen);
  • Balu/Duda kepada Veteran ATM (Balu/Duda yang berkahwin semula TIDAK LAYAK memohon sebarang bantuan kebajikan);
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun dan di bawah 23 tahun jika masih belajar (termasuk anak tiri dan anak angkat sah Veteran). Tiada had kelayakan umur bagi anak yatim yang disahkan daif dari segi fizikal dan mental serta tidak berupaya menanggung diri sendiri; atau
  • Waris/ Penjaga kepada anak yatim Veteran ATM (yang masih kecil atau yang daif dari segi mental dan fizikal).
Apakah tafsiran bagi anak kurang upaya (OKU)?

Seksyen 2(b), Akta Pencen 1980 dan Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990, memberi tafsiran berkenaan Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara seperti berikut:

  • Seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah anak cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun.
Apakah jenis peralatan yang boleh dimohon?

Senarai peralatan pesakit yang boleh dimohon: 

  • Kerusi roda.
  • Katil pesakit.
  • Tilam anti-luka (anti-decubitus).
  • Tongkat.
  • Walker.
  • Commode chair.
  • Suction pump.
  • Jewett brace.
  • Lain-lain kategori peralatan sokongan yang disyorkan oleh pakar / pegawai perubatan kerajaan.
Bagaimanakah cara membuat permohonan?
  • Permohonan boleh dibuat menggunakan Sistem VIBES 2.0 atau Borang Bantuan Kebajikan yang boleh didapati disemua JHEV Cawangan Negeri dan laman web JHEV ATM.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
Adakah semua permohonan akan diluluskan?

Tidak. Semua permohonan lengkap yang diterima akan dinilai berdasarkan syarat kelayakan, keperluan perubatan, peruntukan kewangan yang akan dipertimbangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Bolehkah memohon semula jika peralatan rosak?

Boleh. Permohonan semula bagi peralatan pesakit yang telah mengalami kerosakan (tidak terhad kepada sebarang tempoh atau melebihi tempoh waranti) boleh dibuat dengan mengemukakan gambar peralatan beserta borang akuan kerosakan.

Berapakah had maksimum kadar bantuan yang boleh diluluskan?

Kadar bantuan yang diluluskan adalah RM5,000.00 (maksimum). Ianya merangkumi keseluruhan peralatan yang dimohon.

Bapa saya yang merupakan Veteran ATM telah menghantar permohonan pembelian beberapa peralatan pesakit berdasarkan syor pegawai perubatan kerajaan yang merawat. Namun demikian, sebelum peralatan tersebut dapat dibekalkan, beliau telah meninggal dunia. Adakah keluarga saya layak dibekalkan dengan peralatan tersebut?

Tidak, peralatan tersebut adalah untuk kegunaan pemohon. Sekiranya tanggungan beliau turut mempunyai masalah kesihatan yang sama dan disyorkan pegawai perubatan kerajaan untuk mendapatkan peralatan pesakit yang sama, permohonan baharu perlu dibuat atas nama tanggungan Veteran ATM tersebut.

Saya telah membeli kerusi roda jenis motorized berharga RM3,000.00. Adakah saya akan diluluskan bayaran penuh bagi peralatan yang dibeli?

Setiap permohonan akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP) yang mana salah seorang ahli jawatankuasa tersebut adalah seorang pegawai perubatan kerajaan. Jenis peralatan yang diperlukan akan diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan tersebut dan kadar bantuan adalah sebanyak RM5,000 (maksimum) bagi setiap permohonan. Walau bagaimanapun,kadar bantuan peralatan pesakit ini adalah bergantung kepada lingkungan  harga setiap jenis peralatan yang pernah diluluskan. JHEV ATM telah menyediakan daftar harga bagi setiap peralatan yang pernah diluluskan dan daftar ini akan dirujuk semasa menimbang permohonan yang diterima.

Apakah Skim Bantuan Bencana Alam?

Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan struktur terhadap kediaman beliau sehingga menyebabkan kediaman tersebut tidak selamat atau tidak boleh didiami oleh pemohon dan tanggungan

Berapakah kadar bantuan di bawah skim ini?

Kadar bantuan adalah sehingga RM10,000 mengikut penilaian kerosakan

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Bencana Alam

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Veteran – Pemilik Kad Veteran
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Veteran bermastautin di kediaman tersebut
  4. Balu Veteran – dikahwini semasa berkhidmat. Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
  5. Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh bencana alam berlaku
Saya ingin memohon bantuan bencana bagi rumah saya yang mengalami banjir tempoh hari. Apakah cara-cara memohon bantuan tersebut?

Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.

Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.

Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam dan kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.

Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.

Rumah saya mengalami banjir yang menyebabkan peralatan elektrik rosak, 2 buah kereta dan 1 buah motorsikal rosak teruk. Begitu juga banyak perabot yang juga rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Saya menganggarkan kerugian sebanyak RM10,000.00. Adakah saya layak diluluskan Bantuan Bencana Alam sepenuhnya bagi kerugian tersebut?

Tidak, bantuan Bencana Alam bertujuan untuk meringankan beban kewangan Veteran ATM yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat daripada bencana alam seperti ribut, kebakaran, taufan, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan lain-lain. Kadar Bantuan Bencana Alam yang boleh diluluskan adalah RM10,000.00 (maksimum) berdasarkan laporan siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti polis, bomba dan pihak berkuasa tempatan. Dalam hal ini, tiada sebarang kerosakan struktur rumah telah terjadi.

Rumah saya terletak betul-betul di tebing sungai. Saya mendapati tebing sungai telah terhakis dan rumah saya boleh runtuh jika hakisan tersebut berterusan berlaku. Bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak, kerana bencana alam belum berlaku. Sebagai langkah awal atas faktor keselamatan, Veteran ATM hendaklah membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan tebing sungai dan mendapatkan laporan/ khidmat nasihat samada rumah itu masih selamat untuk diduduki atau sebaliknya.

Kejadian ribut telah melanda kawasan perumahan saya dan menyebabkan bahagian bumbung hadapan rumah saya tercabut. Bolehkah saya dipertimbangkan bantuan bencana ini.

Boleh, pemohon boleh mengemukakan permohonan kepada JHEV ATM Cawangan Negeri beserta gambar bumbung yang tercabut. Sekiranya keadaan mendesak, pihak Veteran ATM boleh membuat pembaikan awal dan mengemukakan permohonan tuntutan bayaran balik beserta resit asal pembayaran pembaikan ke JHEV ATM Cawangan Negeri yang akan melakukakan lawatan selanjutnya.

Kejadian ribut telah melanda rumah saya dan menyebabkan pagar rumah senget, awning rumah saya tercabut dan bumbung stor peralatan rosak ditimpa dahan pokok. Saya telah mengemukakan permohonan namun diputuskan gagal. Mengapa?

Bantuan Bencana Alam bertujuan untuk meringankan beban kewangan Veteran ATM yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat daripada bencana alam seperti ribut, kebakaran, taufan, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan lain-lain. Dalam kejadian ini, pagar rumah, awning umah dan bumbung stor peralatan bukan merupakan struktur rumah. Maka permohonan diputuskan sebagai gagal.

Kerjaya

Selaku majikan, bagaimanakah proses untuk mendapatkan sumber tenaga kerja?

Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:

Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028

Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.

  1. Nama jawatan kosong.
  2. Jumlah kekosongan.
  3. Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan.
  4. Gaji dan elaun-elaun yang diberi.
  5. Kemudahan-kemudahan lain seperti perlindungan insurans, pinjaman, penginapan, pengangkutan dan lain-lain
  6. Nama pegawai sumber manusia atau pengurus yang bertanggungjawab untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
  7. Kriteria-kriteria lain yang berkenaan sekiranya ada.
Bagaimanakah prosedur kerja Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) di dalam usaha mendapatkan pekerjaan kepada Veteran ATM sebagai kerjaya kedua selepas mereka menamatkan perkhidmatan kelak?

BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.

  1. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
  2. Melakukan penyesuaian kerja berpandukan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan/diperlukan oleh pihak majikan.
  3. Memajukan pencalonan Veteran ATM kepada majikan.
  4. tarikh temuduga kepada Veteran ATM
  5. Melakukan pemantauan berterusan terhadap Veteran ATM dan majikan.
Apakah usaha-usaha JHEV ATM dalam membantu para Veteran ATM untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam?
Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) JHEV sentiasa berhubung dengan agensi-agensi kerajaan untuk berbincang mengenai peluang pekerjaan yang dapat diberikan kepada para Veteran ATM. Buat masa sekarang, JHEV telah menerima tawaran kosong untuk para Veteran daripada PDRM, RELA, dan juga JAKIM. Maklumat-maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong ini boleh didapati di laman web JHEV.
Apakah bidang pekerjaan yang sering ditawarkan oleh majikan kepada JHEV?
Bidang pekerjaan yang seringkali diterima oleh JHEV daripada majikan ialah bidang keselamatan, pemandu dan elektronik. Manakala bidang pekerjaan lain adalah tertakluk kepada kekosongan di syarikat berkenaan.

Sosioekonomi

Adakah Veteran ATM dikenakan sebarang bayaran bagi mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT?

Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.

Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.

Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:

  1. Surat permohonan dari veteran bagi permohonan pembiayaan kursus tersebut.
  2. Surat tawaran beserta sebut harga (yuran kursus)
  3. Salinan Buku Perkhidmatan
  4. Salinan Kad Bekas Tentera
  5. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028

Bolehkah Veteran ATM mengikuti kursus jangka panjang (Kursus Latihan Peralihan) yang tidak ditawarkan dalam jadual kursus Post Peralihan?

Veteran ATM boleh memohon untuk mengikuti kursus jangka panjang tetapi akan dikenakan bayaran RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan PERHEBAT seperti penginapan dan sajian.Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan semasa membuat pendaftaran di PERHEBAT.

Adakah JHEV menyediakan lot-lot tanah pertanian?

JHEV tidak menyediakan lot-lot tanah pertanian,apa yang perlu JHEV lakukan ialah membuat tinjauan lot-lot tanah yang kosong di pejabat tanah berkenaan.Jabatan ini hanya mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan sahaja.

Adakah JHEV menyediakan peluang-peluang projek untuk kontraktor-kontraktor Veteran ATM?

JHEV tidak menyediakan peluang-peluang projek kontraktor-kontraktor Veteran ATM adalah dinasihatkan untuk meneliti iklan-iklan tanda di dalam akhbar-akhbar utama dan mengambil peluang menyertai tender tersebut.

Apa peranan JHEV dalam membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan yang diusahakan oleh Veteran ATM?

Untuk membangunkan Veteran ATM yang terlibat dalam sektor berkenaan, JHEV menghubungkan pengusaha dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Adakah JHEV menyediakan pinjaman perniagaan?

JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman. Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.

Dasar

Bolehkah Pihak Pertubuhan Melaksanakan Perhimpunan/ Persidangan/ Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian?

Boleh dan adalah digalakkan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan secara fizikal dan ia mampu mengelakkan daripada wabak Covid-19 daripada terus menular dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak tersebut. Pada era teknologi ini seharusnya pertubuhan mengambil peluang untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional dalam pengurusan pertubuhan masing-masing. Perkara yang sama juga terpakai ke atas mesyuarat bulanan atau mesyuarat jawatankuasa atau apa jua bentuk mesyuarat yang telah diperuntukan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.

Persatuan disaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara maya menggunakan konsep Webinar atau persidangan video. Antara aplikasi yang sering digunakan dan boleh digunapakai adalah seperti berikut :

  1. Microsoft Teams — maksimum 300 peserta dan limitasi masa adalah 24 jam setiap satu sesi.
  2. Google Meet — maksimum 150 peserta dan limitasi masa adalah 1 jam setiap satu sesi.
  3. Webex — maksimum 100 peserta dan tiada limitasi masa.
Adakah Pendaftar Persatuan Veteran Menetapkan Sebarang Syarat Berhubung Pengendalian Mesyuarat Secara Dalam Talian?

Pendaftar tidak menetapkan sebarang syarat berhubung cara dan kaedah pengendalian mesyuarat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, segala peruntukan seperti korum mesyuarat, pengeluaran notis, usul, topik pembentangan dan lain-lain perkara berkaitan hendaklah selaras dengan apa yang telah diperuntukan di dalam undang-undang tubuh persatuan (perlembagaan persatuan). Minit Mesyuarat juga hendaklah disediakan dengan lengkap dan menjadi tanggungjawab pertubuhan untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan direkodkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu mesyuarat semasa mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Persatuan selaras dengan Akta Veteran 2012 [Akta 740].

Bilangan Pelawat

3659328
Hari Ini: 647
Jumlah Pelawat: 3,659,328

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM