Yayasan Veteran ATM atau YVATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut jaminan (SBMJ) serta ditadbir oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.
Tujuan Penubuhan Yayasan
Yayasan Veteran ATM ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan.
Sumbangan dan Pengecualian Cukai
Sumbangan hendaklah dibuat atas nama “YAYASAN VETERAN ATM”. Setiap sumbangan yang diberikan akan mendapat potongan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.5692). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2602 3367.
Membantu Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di dalam hal ehwal kebajikan Veteran ATM.
Mencari peluang-peluang pelaburan yang bersesuaian berdasarkan kedudukan kewangan untuk menambah dana Yayasan Veteran ATM.
Menguruskan kewangan secara berhemah.
Menyalurkan bantuan-bantuan kebajikan yang menepati golongan sasar.
Program
Tabung Zakat
Di dalam menggalakkan dermawan untuk terus menyumbang kepada Yayasan Veteran ATM, Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah menubuhkan sebuah Tabung Zakat bagi mengendalikan sumbangan zakat wakalah untuk kebajikan warga Veteran ATM dan tanggungan berdasarkan kepada apa yang ditetapkan oleh syarak. Sumbangan zakat wakalah hendaklah dibuat atas nama ”YAYASAN VETERAN ATM”.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2602 3367.
Yayasan Veteran ATM melalui anak syarikatnya iaitu Dvet Holding Sdn Bhd telah membuka empat buah pusat dialisis bertempat di Seri Kembangan, Batu Caves, Bukit Sentosa dan Batang Kali.
Pusat dialisis ini dibuka khusus untuk Veteran ATM dan tanggungan yang layak dan juga untuk pesakit-pesakit lain yang mendapat tajaan.
Cawangan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM
Seri Kembangan
17, Jln Sg Besi Indah 5/2,
Tmn Sg Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8945 3494
Batang Kali No 2, Jalan Mahagoni 9 Oasis Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali, 443300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-6057 4544
Batu Caves
No.18G, Jalan SM 4,
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Tel: 03-6188 1292
Bukit Sentosa No.47 & 49, Jalan Orkid 1F Perniagaan Jalan Orkid Bukit Sentosa 48300 Bukit Beruntung Selangor Tel: 03-6021 2572
Hubungi
Hubungi Yayasan Veteran ATM
Yayasan Veteran ATM, TIngkat 41, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.