Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Berpencen
Bantuan kewangan untuk waris Veteran berpencen yang meninggal dunia semasa persaraan.
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
- Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah Veteran ATM berpencen.
- Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 15 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
- Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Veteran ATM yang meninggal dunia dalam persaraaan walaupun gemulah pernah bersara lebih dari satu perkhidmatan.
- Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.
Tentang Bantuan
Bantuan kewangan untuk waris Veteran berpencen yang meninggal dunia semasa persaraan.
Kadar bantuan
Kadar bayaran adalah sebanyak RM3,000. Bayaran sekali sahaja, dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit seperti berikut:
Situasi | Bayar kepada |
---|---|
Duda Veteran ATM | Duda. |
Veteran ATM yang mempunyai satu balu | Balu. |
Veteran ATM yang mempunyai lebih dari satu balu | Balu yang menanggung perbelanjaan jenazah – sila kemukakan akuan bersumpah |
Veteran ATM yang tidak mempunyai balu tetapi mempunyai anak | Anak yang berumur melebihi 18 tahun. (Jika lebih dari seorang perlu persetujuan semua anak melalui surat akuan bersumpah untuk melantik seorang dari mereka sebagai penerima bayaran). Anak bawah 18 tahun perlu dibayar melalui penjaga. |
Veteran ATM bujang | Ibu atau bapa. |
Veteran ATM yang tidak mempunyai balu, anak dan ibubapa | Orang perseorangan atau agensi yang menguruskan jenazah pesara tersebut – sila kemukakan akuan bersumpah. |
Cara Pembayaran
Cara pembayaran BMJ adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dibuat menggunakan cek secara serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon.
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah (Veteran Berpencen Sahaja) - Lampirkan dokumen berikut:
- Salinan Sijil Mati Pesara / Permit Penguburan.
- Salinan Kad Bekas Tentera (KBT)/ Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / 92) - setiap muka surat.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Sijil Nikah (sebagai bukti pertalian dengan si mati – pasangan) atau salinan surat beranak (sebagai bukti pertalian dengan di mati – anak).
- Salinan Akaun Bank Pemohon – sekiranya pembayaran bantuan disalurkan terus ke akaun pemohon.
- Surat Akuan Bersumpah (Dilampirkan bersama borang).
Nota: Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh; Kadi, Imam, Penghulu, Penggawa, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pegawai Daerah, Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional), mana-mana Ketua Pejabat Kerajaan, Pesuruhjaya Sumpah atau Ketua Anak Negeri.
- Kemukakan tuntutan di Ibu Pejabat JHEV atau di JHEV Cawangan Negeri.
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Soalan Lazim
[maklumat sedang dikemaskini]
Maklumat tambahan
[maklumat sedang dikemaskini]