Ex-Gratia Bencana Kerja - Pukal (EXP)
Ex-Gratia Bencana Kerja - Pukal (EXP) dibayar sekaligus kepada anggota yang mengalami hilangupaya berkaitan tugas 20% dan ke bawah.
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
Anggota berikut layak menerima Ex-Gratia Pukal:
- Peratus hilang upaya (HU) yang ditaksirkan 20% dan ke bawah.
- HU itu diperkaitkan dengan tugas.
- HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
- Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
Tentang Ex-Gratia Pukal
- Faedah ini dibayar sekaligus kepada anggota yang mengalami hilangupaya berkaitan tugas 20% dan ke bawah.
- HU itu diperkaitkan dengan tugas.
- Faedah Ex-Gratia Bencana Kerja ini hanya dibayar setelah mendapat pengesahan darjah HU daripada Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
- Faedah ini berasaskan kepada gaji hakiki dan imbuhan Tetap semasa mendapat kecederaan.
Berapakah nilai ganjaran yang akan dibayar?
Formula bayaran seperti berikut:
([Gaji + Elaun*]** / 30) x 0.9 | x | Peratusan Hilang Upaya (e.g 20% = 0.2) | x | Nilai aktuari semasa (seperti dalam PMAT 9/2008) | x | 0.8 | = | Ex-Gratia Pukal |
* Elaun tetap yang bukan merupakan bayaran balik
** Tertakluk kepada maksimum RM2,000 sebulan. Kadar bayaran maksimum telah dinaikkan kepada RM3,000 sebulan bagi kecederaan / kematian selepas 1 Julai 2015.
Bilakah ganjaran dibayar?
EXP (Ex-Gratia Pukal) dibayar sekaligus (lump sum) kepada pegawai yang menuntut.
Cara pembayaran
Ganjaran Hilangupaya akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.
Bagaimana untuk memohon?
- Anggota hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT/PPAT atau hospital yang berhampiran.
- Sekiranya anggota mengalami HU Kekal, satu Lembaga Perubatan perlu diadakan.
- LPS akan bersidang bagi memperakui peratus HU dan samada kecederaan tersebut diperkaitkan dengan tugas atau tidak.
- JRP akan memproses kelulusan bayaran dan pembayaran akan dilaksanakan oleh JHEV.
Dapatkan bantuan!
Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
03-2071 5731
Soalan Lazim
[Maklumat sedang dikemaskini]
Maklumat tambahan
[Maklumat sedang dikemaskini]