Ganjaran Hilangupaya

Ganjaran Hilangupaya akan hanya dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Ganjaran Hilangupaya:

  • Peratus hilang upaya (HU) yang ditaksirkan kurang daripada 20% (19% ddan ke bawah)
  • HU itu diperkaitkan dengan tugas.
  • HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  • Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
  • Faedah ini berasaskan kepada peratus HU yang ditentukan oleh LPS.

Tentang Ganjaran Hilangupaya

Peratus hilang upaya yang ditaksirkan kurang daripada 20%, pesara akan hanya dibayar Ganjaran Hilang Upaya sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.

Berapakah nilai ganjaran yang akan dibayar?

Nilai Ganjaran akan dibayar mengikut peratusan hilangupaya berdasarkan Jadual Susunan 3 atau Susunan 4 - Peraturan Tetap Angkatan Tetap (Peraturan 32 dan 34) seperti berikut:

Klik imej untuk paparan yang lebih besar

Bilakah ganjaran dibayar?

Ganjaran dibayar Ganjaran Hilangupaya sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.

Cara pembayaran

Ganjaran Hilangupaya akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

  • Anggota hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT/PPAT atau hospital yang berhampiran.
  • Sekiranya anggota mengalami HU Kekal, satu Lembaga Perubatan perlu diadakan.
  • LPS akan bersidang bagi memperakui peratus HU dan samada kecederaan tersebut diperkaitkan dengan tugas atau tidak.
  • JRP akan memproses kelulusan bayaran dan pembayaran akan dilaksanakan oleh JHEV.

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim

[Maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[Maklumat sedang dikemaskini]