Definisi Orang Tanggungan

Definisi Orang Tanggungan


Orang tanggungan ertinya:

  • Balu atau duda – suami atau isteri yang masih hidup kepada anggota yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat, atau kelaziman.
  • Anak -
    • Berumur kurang daripada 21 tahun dan termasuk-
      • Anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan, atau anak tak sahtaraf yang dikandung sebelum kematian anggota itu; dan
      • Anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian anggota itu sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis, ada atau kelaziman ataupun tidak; atau
    • Atau sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin.
    • Jika anak itu cacat fizikal atau otak, anak tersebut layak seumur hidup
  • Ibu atau bapa tidak kira berapa umurnya yang memerlukan wang*.

* Status kewangan ibu atau bapa akan ditentukan melalui laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pegawai Memerintah.

  • Sumber:
  • Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (2015)
  • Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran Dan Faedah-Faedah Lain) (Pindaan) 1991