Definisi Orang Tanggungan
Definisi Orang Tanggungan
Orang tanggungan ertinya:
- Balu atau duda – suami atau isteri yang masih hidup kepada anggota yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat, atau kelaziman.
- Anak -
- Berumur kurang daripada 21 tahun dan termasuk-
- Anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan, atau anak tak sahtaraf yang dikandung sebelum kematian anggota itu; dan
- Anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian anggota itu sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis, ada atau kelaziman ataupun tidak; atau
- Atau sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin.
- Jika anak itu cacat fizikal atau otak, anak tersebut layak seumur hidup
- Ibu atau bapa tidak kira berapa umurnya yang memerlukan wang*.
* Status kewangan ibu atau bapa akan ditentukan melalui laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pegawai Memerintah.