Ganjaran Tamat Perkhidmatan
Ganjaran Tamat Perkhidmatan adalah bayaran sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota layak (Tidak Berpencen).
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
Anggota berikut layak menerima Ganjaran Tamat Perkhidmatan:
Pegawai Tauliah Tetap yang bersara dan mempunyai perkhidmatan yang diakui kurang daripada 20 tahun (tertakluk kepada kelulusan MAT)- Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) yang menamatkan perkhidmatan mengikut tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan.
Anda tidak layak menerima ganjaran jika anda salah satu dari senarai di bawah:
- Dihukum penjara.
- Menyembunyikan fakta.
Tentang Ganjaran Tamat Perkhidmatan
Ganjaran Tamat Perkhidmatan akan dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.
Kiraan Ganjaran Tamat Perkhidmatan
- Bagi Pegawai Tauliah Tetap
Jika mempunyai jumlah perkhidmatan diakui lebih daripada 15 tahun:20% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Tamat Perkhidmatan 17.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Tamat Perkhidmatan - Bagi Pegawai Tauliah Jangka Pendek
17.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Tamat Perkhidmatan
Bilakah Ganjaran Tamat Perkhidmatan dibayar?
Ganjaran Tamat Perkhidmatan dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota yang menerima Pencen Perkhidmatan.
Cara pembayaran
Ganjaran Tamat Perkhidmatan akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.
Bagaimana untuk memohon?
Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.
Dapatkan bantuan!
Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
03-2071 5731
Soalan Lazim
- Adakah anggota Lain-lain Pangkat yang berhenti sebelum tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan layak menerima Ganjaran Tamat Perkhidmatan?
Tidak layak.
- Adakah waris anggota yang meninggal layak menerima Ganjaran Tamat Perkhidmatan?
Tidak layak, Ganjaran Tamat Perkhidmatan dibayar hanya kepada anggota.
Maklumat tambahan
Dokumen berkaitan
Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (Angkatan Tetap)