• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‰๐‡๐„๐• & ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐Š๐„๐Œ ๐’๐„๐๐€๐๐€๐‘๐Ž๐๐†, ๐’๐Ž๐๐†๐Š๐‡๐‹๐€, ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐‹๐”๐๐†๐€๐ ๐๐”๐๐†๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐”๐†๐”

News

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‰๐‡๐„๐• & ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐Š๐„๐Œ ๐’๐„๐๐€๐๐€๐‘๐Ž๐๐†, ๐’๐Ž๐๐†๐Š๐‡๐‹๐€, ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐‹๐”๐๐†๐€๐ ๐๐”๐๐†๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐”๐†๐”

๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐, ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’- Mejar Jeneral Datoโ€™ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM, Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Veteran ATM bersama 40 orang terdiri Pegawai JHEV ATM, wakil Veteran ATM serta Tentera Diraja Thai telah menyempurnakan upacara meletakkan kalungan bunga di monumen Jeneral Luang Senanarong di Kem Senanarong, Daerah Wilayah Hat Yai, Songkhla sebagai tanda memberi penghormatan serta memperingati kepahlawanan veteran.
Seterusnya, mendengar taklimat berkenaan fungsi dan tanggungjawab Jabatan Veteran Thailand, yang banyak memberi peluang dan pendedahan kerjaya dalam menjaga kebajikan Veteran Thai.
Antara peluang yang dibuka ialah, bahagian jurutera dalam bidang automotif / kenderaan, pertanian, perubatan bagi yang memerlukan rawatan di hospital dan bantuan alat anggota palsu serta menyediakan pusat jagaan warga emas (Veteran).
Selain itu, peluang untuk pendidikan iaitu menyalurkn biasiswa kepada anak veteran untuk melanjutkn pelajaran juga turut disediakan. Tambahan lagi, peluang kemudahan yang disediakan untuk harga tambang pengangkutan awam iaitu potongan harga bagi veteran mengikut kelas.
Kesemua inisiatif ini, merupakan salah satu kerjasama kukuh di antara Jabatan Veteran Thai dan kerajaan Thailand yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam mengambil berat perihal Veteran mereka.