• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • π’π„π‘π€πŒπ€πˆ 𝟏,πŸŽπŸ—πŸŽ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π€π“πŒ) πƒπˆπ€ππ”π†π„π‘π€π‡πŠπ€π ππˆππ†π€π“ 𝐉𝐀𝐒𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

News

π’π„π‘π€πŒπ€πˆ 𝟏,πŸŽπŸ—πŸŽ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π€π“πŒ) πƒπˆπ€ππ”π†π„π‘π€π‡πŠπ€π ππˆππ†π€π“ 𝐉𝐀𝐒𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Sendayan, 4 Julai 2024 – Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM Timbalan Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 1,090 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Dewan Banquet, Wisma Perwira Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.
Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, lebih daripada 40,000 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Pengurniaan PJM ini adalah refleksi terhadap suatu pengorbanan yang amat besar, yang diiktiraf oleh rakyat dan negara dalam menggalas tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan penuh taat setia.
Antara Veteran yang menerima PJM pada hari ini ialah Yang Berhormat PW 2 Abdul Fatah Bin Zakaria (B) Ahli Dewan Undangan Negeri bahagian Bagan Pinang, Port Dickson.
Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima PJM pada hari ini. Pengorbanan Veteran ATM suatu ketika dahulu demi mendapatkan keamanan yang dinikmati sekarang adalah sumbangan yang tidak ternilai dan akan dikenang sepanjang masa. Kementerian Pertahanan dibawah kepimpinan Yang Berhormat YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin sentiasa prihatin dengan nasib dan kebajikan Veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan Veteran ATM telah menjadi salah satu fokus utama dalam kementerian ini. Sehubungan itu, Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus selaku Ketua Pengarah JHEV ATM akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan, keusahawanan dan perumahan sedia ada serta terus menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan Veteran ATM. Teruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan Veteran ATM khususnya kepada veteran yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Penganugerahan ini merupakan kurniaan atas sikap keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara. Sesuai dengan tarafnya sebagai "campaign medal" yang berlandaskan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi semasa darurat dahulu, PJM telah dimartabatkan sebagai pingat yang lebih kanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).
Masyarakat perlu menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara ini sehingga negara dapat mengecapi keamanan yang dinikmati pada hari ini. Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JHEV ATM dibawah tampuk kepimpinan Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan PJM pada hari ini.