Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

MESYUARAT MAJLIS VETERAN KEBANGSAAN (MVK) BILANGAN 14 TAHUN 2025

KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2025 - Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) merupakan platform tertinggi bagi, antara lain, merumus dasar, menyelaras pelaksanaan dan memantau hal ehwal kebajikan veteran secara menyeluruh di peringkat nasional.
Mesyuarat kali ini turut menyaksikan penyerahan Sijil Pelantikan Ahli Lantikan MVK kepada:
Lt Jen Dato’ Sri Abdul Aziz bin Ibrahim (B), Presiden Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC); dan
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abidin, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM).
Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM komited memastikan suara dan kebajikan veteran ATM terus diperkasa melalui dasar yang inklusif dan pelaksanaan yang menyeluruh, sejajar dengan semangat Malaysia MADANI.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR)

Melaka, 19 OKTOBER 2025 - Tirai Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Zon Selatan secara rasminya dilabuhkan hari ini di Politeknik Merlimau.
 
Selama tiga hari, sebanyak 260 000 pengunjung telah hadir memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik daripada pameran ketenteraan, demonstrasi taktikal, kaunter perkhidmatan kerajaan, sehingga ke aktiviti kekeluargaan dan hiburan komuniti.
 
Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi penyertaan aktif Angkatan Tentera Malaysia terus komited menjadikan PMR sebagai platform untuk mendekatkan rakyat dengan pasukan keselamatan serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
 
Terima kasih kepada semua pengunjung, agensi kerajaan, sukarelawan serta warga kerja pertahanan yang menjayakan program ini.
 
PMR bukan sekadar program tetapi lambang penyampaian perkhidmatan kerajaan secara inklusif, mesra rakyat dan penuh semangat Malaysia MADANI. Jumpa lagi di tahun hadapan.Insyallah

MAJLIS GIMIK PELANCARAN JUBLI PERAK JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM (JHEV ATM)

MERLIMAU, 17 OKTOBER 2025 - Pada tahun ini JHEV ATM akan meraikan genap 25 tahun usia penubuhannya pada 11 Okt 2000 yang lalu. Sambutan Jubli Perak 25 Tahun JHEV ATM ini akan diserikan dengan program-program yang telah disusun rapi (mulai 9 hingga 19 Oktober 2025) sama ada di peringkat Jabatan sendiri mahu pun di peringkat Kementerian.
 
Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak JHEV ATM telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan Malaysia pada 17 Oktober 2025 sempena Program Madani Rakyat (PMR) di peringkat Kementerian yang akan berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka.

TUJUAN & OBJEKTIF PROGRAM KANIVAL JUBLI PERAK 25 TAHUN JHEV ATM

Program Karnival Jubli Perak 25 Tahun JHEV ATM (2000–2025) diadakan bertujuan untuk meraikan Ulang Tahun ke-25 Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan kepentingan Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Objektif program ini adalah:

Menghargai jasa, keringat dan pengorbanan veteran ATM yang telah menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara dengan memberi pengiktirafan seperti Pingat Jasa Malaysia kepada veteran ATM.

Menonjolkan peranan JHEV ATM kepada masyarakat dengan meningkatkan kesedaran awam tentang fungsi, peranan dan inisiatif kebajikan yang dilaksanakan oleh jabatan.

Menggalakkan kerjasama strategik dalam mengukuhkan jaringan dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam memperkasakan kebajikan serta peluang ekonomi veteran.

Di antara pengisian aktiviti-aktiviti sepanjang program berlangsung ialah :

1). Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 oleh YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Penaung KTP) di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg. Besi Kuala Lumpur.
2). Pertandingan Pancing Amal KTP 2025/2026 di Pantai Tambak Klebang, Melaka.
3). Program Ziarah Kasih; Cakna KTP-KP JHEV ATM dan Sesi Dialog Bersama Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Batu Pahat, Johor.
4). Majlis Perasmian Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Seri Tiga Serangkai, Parit Sulong, Batu Pahat Johor.
5). Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 880 Veteran ATM oleh YBhg. Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Pusat Konvensyen Hab
Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor.
6). Program Madani Rakyat (PMR) Peringkat KEMENTAH bersama YAB PM;
Program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti kaunter perkhidmatan kerajaan, jualan barangan keperluan dengan harga rendah (Jualan Rahmah MADANI), pameran, Karnival Usahawan Veteran ATM, kuiz, advokasi, promotif terhadap aplikasi kerajaan, dan persembahan kebudayaan.
Antara acara lain yang dijadualkan semasa Program PMR ialah:
- Penyerahan Mock Cheque Inisiatif Perumahan Veteran ATM (Bina Baharu)
- Penyerahhan Mock Cheque IPT kepada anak Veteran ATM.
- Penyerahan Mock Cheque Dana Persatuan kepada Persatuan-persatuan Veteran ATM (PVATM)

7). Larian Pahlawan Sempena Jubli Perak 25 Tahun JHEV ATM dan KTP 2025/2026; 4 Januari 2026 : Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

Salah satu program larian amal yang disusun sempena sambutan Jubli Perak JHEV ATM dan KTP 2025/2026, Menyasarkan 5,000 peserta dalam tiga kategori 3 KM, 5 KM dan 7 KM. Menawarkan pelbagai hadiah yang menarik dengan yuran penyertaan RM 35.

Larian ini juga merupakan acara larian pembuka tirai tahun 2026 di peringkat nasional. JHEV ATM juga berterima kasih kepada PVTUDM selaku penganjur utama program ini. Semua lapisan rakyat dijemput menyertai program larian pahlawan ini sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pejuang pejuang negara kita yang kini bergelar veteran.

Permohonan penyertaan program larian ini akan mula dibuka dalam talian mulai Oktober 2025 ini. Penggemar dan peminat acara larian dijemput turut serta dalam program ini. Sumbangan dan sokongan dari rakan-rakan strategik, syarikat korporat, korporat GLC amat dialu-alukan.

Program Karnival Jubli Perak JHEV ATM ini terbuka untuk semua golongan masyarakat tidak mengira usia, khasnya oleh para veteran Angkatan Tentera Malaysia, sama ada berpencen mahupun tidak berpencen, termasuk waris serta ahli keluarga mereka. Warga ATM yang masih berkhidmat, pegawai dan kakitangan JHEV ATM, serta agensi kerajaan dan swasta yang menjadi rakan strategik juga dialu-alukan untuk turut serta.
 
Selain itu, masyarakat umum juga turut diundang bagi memeriahkan lagi karnival ini dan diberi peluang menyertai aktiviti tertentu seperti pameran, karnival usahawan dan kerjaya veteran ATM, program kesihatan, dan aktiviti khidmat komuniti yang dianjurkan sepanjang karnival.
 
Untuk maklumat lanjut program ini, tuan/puan boleh melayari laman web JHEV ATM di www.jhev.gov.my atau laman rasmi Facebook FB JHEV ATM.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) berharap agar pelaksanaan Program Karnival Jubli Perak ini dapat menjadi wadah memupuk kesedaran masyarakat untuk memperingati jasa dan pengorbanan para veteran ATM serta mengiktiraf sumbangan mereka terhadap keamanan dan kedaulatan negara.
 
Program ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara veteran, waris, warga ATM dan masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan serta fungsi JHEV ATM dalam menjaga kebajikan veteran.
 
Selain itu, JHEV ATM juga berharap agar sambutan ini mampu menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa kesejahteraan veteran serta merangka hala tuju jabatan yang lebih dinamik untuk masa hadapan.

880 VETERAN ATM DIIKTIRAF JASA DAN PENGORBANAN, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA ANUGERAH PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

PAGOH, 16 OKTOBER 2025 - Seramai 880 Veteran Angkatan Tentera Malaysia telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang berlangsung dengan penuh istiadat di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor dekat sini hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Hj. Mohd Nizam bin Hj. Jaffar, Panglima Angkatan Tentera, yang menyampaikan PJM sebagai tanda penghargaan negara terhadap jasa, pengorbanan, dan khidmat bakti veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Leftenan Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Medan Barat Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Dato’ Hj. Semaon bin Hj. Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, Brigedier Jeneral Zulhelmi bin Masdar, Panglima 7 Briged, Kapten Shaharudin bin Abu Bakar TLDM, Ketua Staf Markas Pasukan TLDM mewakili Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM (Bersara) selaku Ahli Majlis Veteran Kebangsaan (MVK), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Johor.
 
Penganugerahan PJM ini bukan sahaja mengiktiraf jasa perwira negara yang telah berjuang menentang ancaman keselamatan, malah ia menjadi simbol penghormatan tertinggi atas keberanian dan pengorbanan mereka demi memastikan Malaysia kekal aman, makmur, dan berdaulat.
 
Terima kasih wira-wira negara, jasa kalian sentiasa dikenang.

JHEV ATM TERUS DEKATI KOMUNITI : ASPIRASI MADANI KE SEKOLAH LUAR BANDAR

BATU PAHAT, 14 OKTOBER 2025 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus memperkukuh peranan tanggungjawab sosialnya apabila tampil melaksanakan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) Tahun 2025 di Sekolah Kebangsaan Seri Tiga Serangkai (SAKTiS), Parit Sulong, Batu Pahat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), YBhg. Mej. Jen Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki yang menzahirkan komitmen jabatan dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, komuniti dan pihak swasta di bawah konsep Whole of Government, Whole of Society (WOGOS).
✨ Di bawah program ini, SAKTiS terpilih daripada 7,780 buah sekolah rendah di seluruh negara untuk menerima peruntukan RM100,000, yang digunakan bagi menambah baik pelbagai kemudahan termasuk:
✅ Naik taraf pusat sumber dan pembinaan studio green screen TVPSS
✅ Baik pulih sistem perpaipan serta pagar sekolah
✅ Penambahbaikan kemudahan ICT dan bilik mesyuarat
✅ Peralatan sukan untuk pembangunan murid
💬 Menurut Ketua Pengarah JHEV ATM:
“Program ini bukan sekadar membaik pulih fizikal sekolah, tetapi memberi semangat baharu kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh serta membentuk nilai peribadi yang terpuji.”
Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan JHEV ATM dalam Program Sekolah Angkat MADANI ini mencerminkan nilai jabatan yang Responsif, Prihatin dan Komited, bukan hanya terhadap kebajikan Veteran ATM, tetapi juga dalam memperkasa komuniti dan generasi muda melalui pendidikan serta pembangunan insan.
Majlis ini turut diserikan dengan pameran aset-aset ketenteraan daripada 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), yang berjaya menarik perhatian para pelajar dan masyarakat setempat untuk lebih mengenali peranan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara. 🇲🇾
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Hajah Zainorida binti Haji Ngarip, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat; Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM; Leftenan Kolonel Akhwan bin Jamaludin, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee, Jalan Tanjung Laboh; Sarjan Mejar Riduan bin Bujang, Ketua Balai Polis Parit Sulong; serta Ustaz Hizam bin Selamat, Guru Besar SK Seri Tiga Serangkai. Majlis ini turut dihadiri oleh persatuan-persatuan Veteran ATM Cawangan Negeri Johor serta pegawai dan anggota tentera dari 10 RAMD yang turut menjayakan acara dengan penuh semangat.

ZIARAH KASIH CAKNA KTP : JHEV ATM SANTUNI VETERAN ATM DI BATU PAHAT

BATU PAHAT, 13 OKTOBER 2025 - JHEV ATM terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warga veteran ATM melalui Program Ziarah Kasih-CAKNA sempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026.

Diketuai oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, program ini melibatkan ziarah ke 10 buah rumah veteran, balu dan usahawan veteran ATM di sekitar Parit Sulong dan Seri Medan, Batu Pahat.

Hadir sama ialah Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej Johadi bin Jema'at Pengarah JHEV ATM Negeri Johor dan Persatuan Veteran serta Staf JHEV ATM Johor.
 
Program turut diisi dengan sesi taklimat meliputi Skim Kebajikan, Skim Perubatan serta Sesi Dialog bersama Ketua Pengarah JHEV ATM, yang memberi ruang dan peluang kepada veteran berkongsi pandangan bertukar pendapat terkait isu semasa.
 
Turut diraikan dalam program ziarah kasih tersebut ialah dua usahawan veteran yang berjaya, iaitu Sarjan (B) Md. Noor bin Md. Yusof dan Sarjan (B) Rostam bin Talib sekaligus membuktikan semangat juang veteran terus menyala walaupun selepas bersara dari perkhidmatan.
 
✨ 1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku
Teruskan sokongan anda terhadap Kempen Tabung Pahlawan (KTP) agar kebajikan para wira negara ini sentiasa terbela.

PERTANDINGAN PANCING AMAL SEMPENA KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2025/2026 TARIK MINAT 682 PESERTA

MELAKA, 11 OKTOBER 2025 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dengan kerjasama Syarikat Joran Unggul telah menganjurkan Pertandingan Pancing Amal sempena Kempen Tabung Pahlawan 2025/2026 bertempat di Pantai Tambak Klebang, Melaka.

Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan seramai 682 pemancing dari seluruh negara. Penganjuran pertandingan ini merupakan antara inisiatif JHEV ATM dalam memperluas jangkauan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) ke seluruh lapisan masyarakat melalui aktiviti berbentuk santai dan kekeluargaan. Ia bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi turut menjadi platform bagi rakyat Malaysia menzahirkan rasa penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para veteran serta keluarga mereka.
 
Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki dalam ucapannya menegaskan bahawa Kempen Tabung Pahlawan tahun ini diteruskan dengan tema “1 Rakyat 1 Ringgit Demi Pahlawanku”, yang membawa mesej penyatuan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu kebajikan para veteran Angkatan Tentera Malaysia yang memerlukan. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, penaja dan rakan strategik atas sokongan padu terhadap kempen ini. JHEV ATM komited untuk terus melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi yang dapat menarik penyertaan masyarakat awam serta meningkatkan kesedaran tentang peranan Tabung Pahlawan sebagai wadah kebajikan kepada para pahlawan negara.
Pertandingan yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu berlangsung dalam suasana meriah dengan pelbagai aktiviti sampingan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini diharap dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi memperkukuh hubungan antara warga JHEV ATM, komuniti setempat dan pemancing rekreasi di seluruh negara, sekali gus memperkukuh sokongan masyarakat terhadap usaha murni Tabung Pahlawan dalam membantu mereka yang telah berjuang demi kedaulatan tanah air.
 
Turut hadir, YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Adun Klebang, En. Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen, Mej Muhammad Zarifi bin Haji Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan bersama Staf, Datuk Seri Hj Mohamad Fazil bin Hj Shafie, Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka, Dato' Adnan bin Hj Ahmad Persatuan veteran ATM Negeri Sembilan dan Joran Unggul Event Management

MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2025/2026

KUALA LUMPUR, 9 OKTOBER 2025 - Penaung Kempen Tabung Pahlawan, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 bertempat di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Beliau turut diiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
“Bertemakan Satu Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku” Tabung Pahlawan adalah tabung bantuan kecemasan yang diwujudkan bagi manfaat komuniti veteran ATM yang memerlukan bantuan sokongan kecemasan tambahan bagi kumpulan veteran ATM yang tidak dapat disalurkan oleh kerajaan dalam keadaan tertentu. Sumbangan orang ramai melalui kutipan Kempen Tabung Pahlawan akan digunakan untuk hal-hal kebajikan khusus untuk para veteran ATM.
Inisiatif ini menzahirkan tanda penghargaan tertinggi kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia terhadap semangat juang para perwira negara dan pengorbanan keluarga mereka. Ia merupakan satu usaha yang bermakna dan memberi kesan besar kepada ekosistem pertahanan negara, veteran dan keluarga mereka.
Bagi tujuan kempen, pelbagai aktiviti telah direncanakan bertujuan meningkatkan kutipan dan memupuk kesedaran umum mengenai KTP. Antaranya ialah Pertandingan Pancing Amal, MyWarrior Run, Pertandingan Golf Amal, Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan dan usaha-usaha lain yang memudahkan penyaluran sumbangan seperti mewujudkan QR Khas Kempen dan penempatan tabung fizikal KTP di lokasi-lokasi strategik seperti di stesen-stesen minyak BHP terpilih. Diharap aktiviti dan usaha ini dapat membantu mencapai sasaran kutipan sebanyak RM3 juta setiap tahun.
Terdahulu, YABhg. Penaung Kempen Tabung Pahlawan menerima sumbangan korporat dari para penyumbang dengan disaksikan oleh YB Menteri Pertahanan. Penyumbang-penyumbang tersebut terdiri daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Destini Prima Sdn. Bhd., Peluang Kristal Sdn. Bhd., PETRONAS, MBSB Bank Berhad, Desatera Sdn. Bhd., Malkraine Sdn. Bhd., Affin Bank Berhad, Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., Kamatech Automotif & Engineering Sdn. Bhd. dan Affin Islamic Bank Berhad.
Majlis turut menyaksikan sesi Pertukaran Tiga Nota Kerjasama antara pihak Focus Point Vision Care Group, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UNISZA) dan Klinik Dr. Zulfikar dengan Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan JHEV ATM dalam aspek kesihatan mata, kemudahan perubatan dan rawatan serta bidang pertanian bagi peningkatan sosioekonomi veteran ATM. Jalinan kerjasama ini akan membolehkan komuniti veteran ATM termasuk ibu bapa dan anak-anak veteran serta warga JHEV ATM sendiri, menikmati keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam tempoh tiga tahun kerjasama.
Dalam pada itu, orang ramai boleh sama-sama membantu menyumbang kepada KTP melalui;
a. Sumbangan Online – Akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan, Affin Islamic Bank Berhad – 1059 5000 3201
b. Pembelian bahan promosi kempen seperti jualan t-shirt, mug dan lain-lain.
c. Sumbangan secara terus ke tabung fizikal KTP yang ditempatkan di stesen minyak BHP, lobi Kementerian Pertahanan dan di majlis-majlis KTP.
d. Penyertaan secara langsung dalam aktiviti-aktiviti KTP anjuran JHEV ATM seperti pertandingan memancing amal, pertandingan golf amal, larian amal dan lain-lain.
Turut hadir dalam majlis peluncuran ini ialah, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Datuk Lokman Hakim bin Ali, panglima-panglima perkhidmatan, pegawai-pegawai tertinggi ATM dan awam, persatuan-persatuan veteran ATM dan wakil daripada penyumbang-penyumbang Kempen Tabung Pahlawan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐄𝐃 𝐊𝐇𝐀𝐋𝐄𝐃 𝐁𝐈𝐍 𝐍𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Iskandar Puteri, 12 Mei 2024 - Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor. Seramai 500 orang Veteran telah menerima Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan ini dan tahniah kepada semua penerima Pingat Jasa Malaysia.

𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan memulakan jelajah beliau hari ini untuk menyantuni Veteran ATM di kawasan sekitar negeri Sabah. Di dalam acara tersebut, beliau turut mengagihkan bakul makanan dan bantuan kewangan kepada 5 Veteran ATM yang menetap di sekitar daerah Papar.
Antara veteran yang dilawati ialah Encik Lamat bin Buntak dan Encik Nik Roslan bin Nik Hussein yang menghidap penyakit strok. Encik Chumati bin Sastro merupakan Veteran OKU Perang. Seterusnya, isteri kepada Veteran ATM iaitu Encik Mahmud bin Arakama yang menghidap penyakit buah pinggang dan sakit jantung. Serta, Encik Edwin Eric Evaristus pula, antara veteran yang semakin uzur.
Program lawatan ini turut diiringi oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Alfiz bin Muhamad, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat dan ahli Persatuan Veteran ATM daerah Papar.

Total User Account

3447314
Today: 691
Total: 3,447,314

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department