Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

PROGRAM PEDULI VETERAN MADANI PERKASA KESEJAHTERAAN VETERAN ATM

MELAKA, 10 Ogos 2026 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari telah melaksanakan Program Peduli Veteran MADANI (PVM) Daerah Merlimau bagi mendekati serta menyantuni Veteran ATM dan Waris di sekitar Merlimau, Melaka. Sepanjang program, beliau melawat 15 kediaman Veteran ATM, Balu Veteran ATM serta keluarga yang mempunyai Isteri atau Anak OKU, selain menyampaikan bantuan mengikut keperluan termasuk Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi Veteran ATM dan Balu yang terlantar dan mempunyai masalah kesihatan, Baik Pulih Rumah, Peralatan Pesakit, Bantuan Sara Hidup dan keperluan harian. Program ini turut menjadi platform interaksi dua hala bagi mendapatkan maklum balas secara langsung untuk penambahbaikan dasar dan inisiatif kebajikan Veteran ATM. Kementerian Pertahanan menerima peningkatan peruntukan secara konsisten sejak 2023, dengan RM303.3 juta kepada JHEV ATM pada 2026, termasuk RM274.4 juta (90%) untuk kebajikan Veteran ATM meliputi lima fokus utama iaitu kebajikan, Kesihatan, Perumahan, Pendidikan dan Keupayaan Sosioekonomi. Sehingga Julai 2026, Bantuan Sara Hidup diperluas daripada 15,000 kepada 34,136 penerima, lebih 414 Veteran ATM menerima Bantuan Peralatan Pesakit dan Bencana Alam, manakala lebih 2,237 penerima menerima Bantuan Mengurus Jenazah. Dalam aspek kesihatan, lebih 9,145 Veteran ATM menerima bantuan dengan perbelanjaan lebih RM38 juta. Bagi perumahan, sebanyak 37 Projek Bina Baharu dan 353 Baik Pulih Rumah telah diluluskan. Dalam pendidikan, Bantuan Persekolahan dan kemasukan anak Veteran ATM ke IPT diteruskan. Kementerian Pertahanan akan terus memastikan jasa dan pengorbanan Veteran ATM dihargai serta memperkukuh kesejahteraan mereka sebagai sebahagian daripada agenda memperkasakan ekosistem pertahanan negara yang holistik dan mampan. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif YVATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (B); Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin; wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka serta wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka

Total User Account

3659318
Today: 637
Total: 3,659,318

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department