Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026 PERKUKUH SINERGI AWAM-TENTERA, HARGAI JASA VETERAN ATM

MELAKA, 30 Ogos 2026 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh telah menyempurnakan perasmian Karnival _Civil-Military Cooperation_ (CIMIC) Melaka 2026 di Dataran 1Malaysia, Klebang. Berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2026, karnival anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersama Kerajaan Negeri Melaka ini menjadi platform memperkukuh hubungan serta sinergi di antara warga tentera dan masyarakat awam menerusi pelbagai aktiviti termasuk pameran keupayaan pertahanan, demonstrasi ketenteraan, perkhidmatan kesihatan dan peluang kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Penyertaan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dalam karnival ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian. Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki turut hadir pada majlis perasmian sekali gus memperlihatkan komitmen JHEV ATM dalam mendekati komuniti serta memperkukuh hubungan bersama masyarakat dan warga Veteran ATM. Karnival ini turut menjadi ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat peranan JHEV ATM dalam menjaga kepentingan dan kebajikan Veteran ATM serta keluarga mereka di samping meningkatkan kesedaran mengenai sumbangan dan pengorbanan warga Veteran ATM terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Selaras dengan aspirasi Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), penganjuran CIMIC Melaka 2026 memperlihatkan bahawa aspek keselamatan, pertahanan dan kesejahteraan negara merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan sokongan serta penglibatan seluruh lapisan masyarakat. JHEV ATM sentiasa komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan Veteran ATM terus dihargai, dibela dan disantuni, selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam memperkasa komuniti veteran sebagai sebahagian daripada pembangunan negara. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan ATM serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka.
JHEV ATM – Prihatin, Komited, Responsif

Total User Account

3659321
Today: 640
Total: 3,659,321

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department