𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐊𝐀𝐑 𝟑.𝟎 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Kuantan, 4 Ogos 2024 - Majlis Perasmian Penutup Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 oleh YB Adly Zahari telah menerima jemputan sebagai tetamu kehormat bagi Majlis Penutupan KAR 3.0 bersama Ketua Pengarah JHEV ATM YBhg. Dato' Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus dan Pengarah VTC Holistics Sdn Bhd, YBrs. Dr. Yaakob bin Hj Harun telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Program KAR 3.0 ini telah dilaksanakan pada 3 hingga 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Antara objektif penganjuran program ini adalah menggalakan dan membangunkan potensi keusahawanan dalam kalangan Veteran ATM. Selain itu, dapat meningkatkan pengetahuan sosial, perancangan kerjaya kedua dan merapatkan hubungan dan jaringan dengan industri. Tujuan utama bagi program ini untuk membantu pertumbuhan dan pembangunan aktiviti sosioekonomi veteran ATM yang produktif.