• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌

News

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌

Kuantan, 4 Ogos 2024 - Ketua Pengarah JHEV ATM YBhg. Dato' Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah menghadiri Program Ramah Mesra bagi Karnival Apirasi Rakyat 3.0 di Dewan Utama, Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota bersama Veteran ATM meluangkan masa menyantuni dan meraikan Veteran yang hadir.
Ianya memberi peluang kepada mereka untuk bersua , bersuara dan beramah mesra bersama Ketua Pengarah JHEV ATM.
Dalam program tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM YBhg. Dato' Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus menyampaikan sumbangan juga dari segi bantuan sara hidup, peralatan pesakit (kerusi roda) kepada beberapa orang penerima yang terdiri daripada Ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Ahli Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM), Veteran ATM dan Balu. Kesemua penerima bagi sumbangan bantuan sara hidup berupa wang tunai serta menerima sumbangan alat bantuan peralatan pesakit.