• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧𝟯.𝟬

News

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧𝟯.𝟬

Pada malam 3 Ogos 2024 , Malam apresiasi diadakan di Dewan Utama, Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan. Malam Apresiasi ini diserikan lagi dengan kehadiran 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗿 𝗯. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗿𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯, 𝗘𝘅𝗰𝗼 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶𝗮𝗻, 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀, 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 bersama 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗠𝗲𝗷 𝗝𝗲𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗭𝗮𝗺𝗯𝗲𝗿𝘆 𝗝𝗲𝗳𝗿𝘆 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗗𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠. Malam ini dihiburkan dengan Persembahan istimewa oleh artis jemputan iaitu Roslan Madun, serta memenangi cabutan bertuah hadiah yang lumayan.
Antara objektif Malam Apresiasi dilaksanakan bagi Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dibuat adalah untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan kepada veteran-veteran dan keluarga mereka yang memerlukan seperti bantuan sara hidup bagi mereka yang tidak berkemampuan.
Karnival ini diadakan dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), VTC Holistic Sdn Bhd, dan Jabatan/Agensi kerajaan yang lain.