• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔

News

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔

Program Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 dilaksanakan oleh Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM bagi tujuan membantu pertumbuhan dan pembangunan aktiviti sosioekonomi Veteran ATM yang produktif. 𝗧𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟮𝟬 𝗣𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 yang dibuka, antara pengisian Karnival ini, iaitu pameran kerjaya bagi memberi peluang kepada Veteran ATM dan masyarakat awam yang sedang mencari peluang pekerjaan. Khusus untuk Veteran ATM, terdapat pelbagai organisasi yang turut serta menjayakan hasrat ini untuk membantu para Veteran ATM yang menawarkan peluang pekerjaan di seluruh negara menerusi booth yang disediakan oleh rakan-rakan strategik JHEV ATM seperti PERKESO (MyFutureJob) dan Agensi-agensi yang lain.
Oleh yang demikian, veteran dapat meningkatkan taraf hidup dengan baik untuk mencapai kesejahteraan dan kemajuan yang holistik. Bermula dari 9.00 pagi tadi sehingga pukul 3.00 petang seramai lebih dari 3,000 pengunjung telah hadir dan direkodkan.