๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐
๐๐จ๐๐๐๐ก๐, ๐ด ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sarawak hari ini untuk kesinambungan terhadap perkembangan dan kerja-kerja pentadbiran oleh kementerian di wilayah tersebut.
Diantara pengisian aktiviti selain tadbir urus kementerian termasuklah Lawatan Kebajikan Program Cakna Veteran ATM yang dikelolakan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melalui pendekatan menziarahi serta menyantuni veteran dan keluarganya.
Lawatan ini suatu cerminan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap bekas perajurit yang telah berkorban demi negara. YBhg. Datuk Lokman Hakim telah meluangkan masa yang berkualiti bertemu dan beramah mesra dengan kedua-dua veteran tersebut, masing-masing mempunyai latar belakang perkhidmatan yang panjang dalam ATM dan yang pastinya berjasa dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara.
Selain bertanya khabar, YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan harian. Antara lain bagi menyatakan komitmen berterusan kementerian yang sentiasa mengambil berat serta cakna akan kebajikan golongan Veteran ATM melalui pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Kunjungan ini turut diiringi oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Pegawai Atur Turus Ketua Setiausaha Lt. Kol. Rozaid bin Datoโ Badrulzaman, Pegawai Khas Ketua Setiausaha, Encik Muhammad Faiz bin Zolkifli, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mejar Steven anak Kadir serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM.