๐ฆ๐๐ก๐ง๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ , ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐๐๐ก๐, ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐
๐๐จ๐๐๐๐ก๐, ๐ต ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah melakukan lawatan dalam Program Cakna Veteran ATM ke Kuching, Sarawak dekat sini hari ini.
Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif JHEV ATM bertujuan untuk mendekati para veteran yang mengalami masalah dalam urusan kegiatan harian meliputi aspek kesihatan dan yang memerlukan sokongan, selaras dengan komitmen jabatan dalam menjaga kebajikan para pejuang negara.
Dalam lawatan tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM meluangkan masa untuk menyantuni empat orang Veteran ATM yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Ada di antara mereka yang mengalami penyakit strok, masalah pendengaran, Posterior Circulation Infarct, TACI (Total Anterior Circulation Infarct), asthma, serta kesihatan yang merosot akibat usia yang sudah lanjut.
YBhg. Datoโ Haji Semaon turut melakukan penyerahan sumbangan berupa keperluan harian seperti makanan dan barangan asas semasa lawatan tersebut di samping turut mengambil kesempatan mendengar sendiri keluhan dan keperluan mereka. Beliau turut memberi sokongan moral dengan menyatakan bahawa jasa mereka sebagai bekas anggota ATM sentiasa dihargai dan diingati oleh kerajaan.
Dalam pada itu Ketua Pengarah JHEV ATM berharap, Program Cakna Veteran ATM akan menjadi medan yang berkesan untuk interaksi secara dua hala antara jabatan dan veteran ATM dalam usaha membantu kehidupan mereka.
Program ini melibatkan lima fokus utama, iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi Veteran ATM.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej. Steven Anak Kadir, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej. Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM serta wakil persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.