Bantuan Peralatan Pesakit
Bantuan Peralatan Pesakit bertujuan membantu Veteran ATM dan orang tanggungan yang memerlukan untuk membeli peralatan bantuan perubatan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan pengesahan tentang penyakit yang dialami dan keperluan peralatan tersebut daripada pegawai atau pakar perubatan Hospital Kerajaan.
Syarat - Syarat Bantuan Peralatan Pesakit
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia.
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak.
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Bagi permohonan yang melibatkan Pesanan Kerajaan, hendaklah disertakan dengan tiga (3) sebut harga daripada pembekal manakala bagi permohonan bayaran balik(reimbursement), hendaklah disertakan dengan resit pembelian.
- Tuntutan bayaran balik bagi peralatan pesakit hendaklah dikemukakan dalam tahun di mana perolehan atau pembelian tersebut dibuat bagi membolehkan bayaran balik dibuat dalam tahun semasa dan mengelakkan bayaran lewat kepada pembekal atau Veteran ATM.
Kadar bantuan
Kadar bantuan adalah RM5,000 (maksimum)
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000