Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian. 

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya. 

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.


Syarat - Syarat Bantuan Sara Hidup

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

    * Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Kadar bantuan

RM300 sebulan


Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar.  Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
    Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000