Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi. Bantuan ini juga diberikan kepada anak-anak Veteran ATM sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Institusi Pengajian Tinggi ini merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja seperti yang tersenarai dipautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Pautan Pantas
Syarat - Syarat Bantuan Kemasukan Ke IPT
- Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Kelayakan anak yang menyambung pelajaran:
- Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ditawarkan didalam negara sahaja.
- Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan
- Semua kursus pengajian professional* TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK
(* Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran).
Kadar bantuan
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:
- RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.
- RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000