Tentang Jabatan
Bahagian Kewangan Dan Akaun
Pengurusan Perakaunan
- Mengawal selia akaun Jabatan.
- Menyelenggara akaun dan rekod yang lengkap serta kemas kini berhubung dengan perbelanjaan vot, hasil dan amanah Jabatan.
- Bertanggungjawab ke atas semua prosedur dan peraturan perakaunan dan kewangan yang berkuat kuasa.
- Menguruskan kutipan/pungutan hasil Jabatan.
- Mengawal penutupan akaun harian, bulanan dan tahunan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Menyediakan laporan penyesuaian bank, penyesuaian amanah dan penyesuaian hasil Jabatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memproses pelupusan hutang kerajaan.
- Menyediakan bajet faedah-faedah persaraan, bantuan mengurus jenazah dan rawatan perubatan bagi Veteran ATM Berpencen.
Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran
- Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Jabatan. Mengurus pembayaran serta elaun tuntutan tugas rasmi kakitangan Jabatan.
- Menguruskan pembayaran bil-bil kontraktor/pembekal Jabatan.
- Merancang dan mengawal peruntukan Jabatan, iaitu peruntukan pencen, peruntukan perubatan dan peruntukan belanja mengurus.
- Menyediakan dokumen perolehan dan mengendalikan urusan perolehan Jabatan.
- Menguruskan pentadbiran Bahagian.
Pengurusan Bayaran
- Mengawal aliran tunai Jabatan melalui pengurusan sumber-sumber kewangan jabatan secara ekonomi, mengikut peraturan, teratur dan berkesan.
- Mengurus pembayaran faedah persaraan Anggota Tentera Malaysia.
- Menguruskan pembayaran bantuan kebajikan kepada veteran ATM.
- Menguruskan pembayaran balik perubatan kepada Veteran ATM yang berpencen.
- Menguruskan pembayaran balik tuntutan perubatan kepada veteran ATM yang tidak berpencen.
- Menjalankan semakan terhadap semua baucar bayaran bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang dikuatkuasakan.