Tentang Jabatan
Bahagian Dasar Dan Pertubuhan Veteran
Unit Dasar
- Mengkaji dan menggubal dasar bagi mempertingkatkan taraf sosioekonomi serta kebajikan Veteran ATM;
- Menyediakan kertas cadangan untuk pertimbangan sama ada Jemaah Menteri, Lembaga Menteri atau pihak lain yang berkaitan;
- Menyelaras jawapan bagi soalan-soalan Parlimen berkaitan Jabatan dan hal ehwal Veteran ATM; dan
- Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain sama ada dalam atau luar negara.
Unit Perancangan Strategik
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Strategik Kementerian di Jabatan;
- Menyelaras pelaporan OBB, MPI, KPI, PS5T, Manifesto, dll.;
- Menyelaras Program Inovasi dan KIK Jabatan; dan
- Menyelaras maklumbalas bagi mesyuarat di peringkat Kementerian (MPT, Pos Kabinet, Jemaah Menteri, dll.).
Unit Pendaftaran dan Hal Ehwal Persatuan
- Melaksana dan menyelaras urusan pendaftaran Veteran ATM dan Persatuan Veteran ATM;
- Menyelaras peraturan dan pembiayaan Persatuan Veteran ATM; dan
- Memantau aktiviti Persatuan Veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV ATM.
Unit Sekretariat, Penyelidikan dan Pembangunan
- Mengurusetiakan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) serta Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan MVK;
- Menyelaras pengumpulan data dan maklumat berkaitan Veteran ATM;
- Memantau aktiviti-aktiviti yang dijadualkan oleh Yayasan Veteran ATM; dan
- Menyelaras segala perkara berkaitan sekretariat, penyelidikan dan pembangunan Jabatan serta hal ehwal Veteran ATM.