Tentang Jabatan
Bahagian Kerjaya Dan Sosioekonomi
Pautan Pantas
Unit Kerjaya
- Memberi taklimat persediaan persaraan, peranan dan tanggungjawab serta kemudahan yang terdapat di JHEV ATM kepada bakal pesara ATM di seluruh Markas Formasi ATM.
- Melaksanakan Profiling kepada Bakal Pesara.
- Mengadakan latihan yang jarang ada di pasaran atau peluang baru bagi Veteran seperti kursus Penyelam Profesional, menternak gamat, kursus Kimpalan makanan laut dan sebagainya.
- Mendaftar Veteran ATM dan bakal majikan untuk tujuan penjodohan pekerjaan.
- Melaksanakan Program Bersama Majikan bersama JHEV Negeri.
- Mengadakan perjumpaan bersama Veteran ATM untuk memberi informasi tentang JHEV dan menghebahkan maklumat keperluan Veteran ATM secara lebih dekat melalui sesi dialog serta kaunter bergerak.
Unit Sosioekonomi
- Melaksanakan aktiviti dan program ke arah membantu Veteran ATM di dalam keusahawanan.
- Mengadakan kursus-kursus keusahawanan, pertanian mahupun perniagaan secara amnya di samping menyertai ekso-ekspo anjuran agensi Kerajaan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan untuk menaiktaraf sosioekonomi Veteran ATM dan juga balu Veteran ATM.
- Menyertai ekspo pertanian sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun selain dari Pertanian Hortikultur Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan untuk membawa usahawan Veteran ATM mempromosikan hasil keluaran mereka.
- Memberi pengiktirafan kepada Veteran ATM yang berjaya mengikup kesanggupan masing-masing. Mengadakan kursus ePerolehan dan Program Pemantauan Usahawan.