• Laman Utama
  • Anggota yang Sedang Berkhidmat
  • Apabila anda meninggal dunia

Apabila anda meninggal dunia (Anggota)

Ketahui faedah yang dibayar kepada orang tanggungan seseorang anggota tentera yang meninggal dunia semasa di dalam perkhidmatan.


Siapakah Orang Tanggungan?

Orang Tanggungan adalah:

  • Balu atau duda
    yang sah perkahwinan diiktiraf mengikut undang-undang di Malaysia.
  • Anak
    sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat ijazah pertama; atau berkahwin. Jika anak itu cacat fizikal atau otak; layak seumur hidup.
  • Ibu atau bapa
    tidak kira berapa umurnya yang memerlukan wang*.

* Status kewangan ibu atau bapa akan ditentukan melalui laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pegawai Memerintah.


Kematian DIPERKAITKAN dengan tugas

Contoh kategori kematian yang tidak diperkaitkan dengan tugas adalah seperti berikut:

  • Akibat kemalangan semasa bercuti/tidak bertugas.
  • Sebab penyakit biasa.

Faedah bagi kematian yang TIDAK diperkaitkan dengan tugas adalah seperti berikut

Jika darjah hilang upaya 19% dan ke bawah, anggota layak menerima faedah berikut:


Kematian yang TIDAK DIPERKAITKAN dengan tugas

Contoh Kategori kematian yang boleh diperkaitkan dengan tugas adalah seperti berikut:

  • Akibat melaksanakan tugas operasi, tugas rasmi atau latihan.
  • Akibat kemalangan semasa pergi atau balik dari tempat bertugas/kerja – melalui jalan yang lazim.
  • Akibat penyakit yang berpunca dari tugas rutin yang dilaksanakan di tempat kerja.

Faedah-faedah yang dibayar bagi kematian yang tidak diperkaitkan dengan tugas

Jika darjah hilang upaya 19% dan ke bawah, anggota layak menerima faedah berikut:

* yang mana lebih menguntungkan.


Kematian yang TIDAK LAYAK mendapat faedah

Kematian yang berlaku semasa TIDAK HADIR TANPA CUTI atau TINGGAL TUGAS adalah TIDAK LAYAK mendapat apa-apa faedah kematian KECUALI:


Tanggungjawab pasukan dalam urusan dokumentasi kematian (dalam perkhidmatan)

Pasukan bertanggungjawab melaksanakan urusan dokumentasi kematian anggota yang meninggal dunia dan majukan ke JRP dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Isytihar ke dalam PERBAH Dua kes kematian, pengkebumian dan tuntutan mayat.
  • Laporan Bedah Siasat atau Laporan Perubatan (Jika tiada, Pegawai Memerintah/Pemerintah perlu memberi pengesahan).
  • Laporan Polis.
  • Dokumen-dokumen persendirian.
  • Salinan surat ucapan takziah.
  • Senarai harta yang dipulangkan kepada waris (Next of Kin).
  • Sijil Hutang-Piutang (Non-Liability Of Indebtness).
  • Mendapatkan dokumen-dokumen berikut daripada orang tanggungan :
    • Salinan Kad Pengenalan orang tanggungan.
    • Salinan Sijil Kematian anggota.
    • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran anak-anak.
    • Salinan Sijil Kahwin / Surat Cerai (jika telah bercerai).
    • Surat pengesahan penjagaan anak dari Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah atau Pejabat Kadhi (jika telah bercerai atau anak dijaga oleh orang lain).
    • Borang JPA/PEN/SPB1 yang telah disahkan oleh Pegawai Bank.
    • Salinan Buku Akaun Bank.

Dokumen Perubatan (BAT F 4) dan kandungannya hendaklah dimajukan terus ke BPK untuk pengesahan LPS.