Latihan Peralihan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan awal sebelum persaraan.
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
Anggota berikut layak menghadiri latihan peralihan:
- Pegawai – bagi Mejar dan ke atas layak selama 3 bulan, manakala Kapten dan ke bawah layak 6 bulan.
- Anggota Lain-lain Pangkat – tempoh latihan peralihan adalah selama 6 bulan sahaja.
Tentang Latihan Peralihan
Latihan Peralihan merupakan satu faedah yang hanya diberikan kepada anggota ATM sebelum menamatkan perkhidmatan. Ianya bertujuan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan awal sebelum beralih ke bidang awam.
Latihan Peralihan merupakan kursus jangka masa panjang di antara 3 bulan sehingga 18 bulan merangkumi bidang:
- Bidang binaan
- Kejuruteraan
- Kejuruteraan automotif
- Kejuruteraan elektrik dan elektronik
- Media dan ICT
- Pengurusan pelancongan dan perhotelan
- Pengurusan perkhidmatan makanan dan sajian
- Pengajian pengurusan
Dapatkan bantuan!
Perhatian! Latihan Peralihan adalah di bawah pentadbiran Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). Anda boleh berhubung terus dengan PERHEBAT di alamat yang berikut:
Kompleks PERHEBAT,
Kem Sungai Buloh,
JPeti Surat 65,
47000 Sungai Buloh, Selangor
Laman web PERHEBAT
03-6156 9412
Soalan Lazim
Lihat Soalan Lazim PERHEBAT.