Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
SIBU, 5 DISEMBER 2025 - Kurang 10 peratus dana diterima Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) digunakan untuk kos pengurusan. Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Daro’ Semaon Marjuki berkata baki lebih 90 peratus dana diterima pihaknya dibelanjakan untuk kebajikan veteran ATM di seluruh negara. Jelasnya, tahun depan pihak JHEV akan menerima dana sebanyak RM303.3 juta, berbanding RM294 juta tahun ini. Jelasnya, sepanjang tahun ini pelbagai inisiatif dilaksanakan antaranya Bantuan Sara Hidup kepada lebih 33,000 orang veteran.
Turut diberikan perhatian adalah inisiatif perumahan untuk veteran. “Tahun ini kita telahpun dapat melaksanakan inisiatif perumahan bina baharu sebanyak 32 buah rumah. Di Sarawak sahaja bina baharu ada tiga buah.” “Manakala untuk baikpulih rumah seluruh negara kita lebih 300 buah rumah telahpun dibaikpulih. Tahun depan InshaAllah kita lebarkan lagi program ini.” Katanya Beliau berucap sedemikian di Program Ziarah Kasih Kempen Tabung Pahlawan JHEV ATM yang diadakan di Sibu. Seramai 10 penerima menerima bantuan masing-masing dalam majlis ringkas tersebut. Dalam pada itu, JHEV juga menyasarkan untuk menyelesaikan pengurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam tempoh enam hingga tujuh tahun akan datang.
Ujarnya, rekod menunjukkan jumlah keseluruhan veteran yang layak untuk PJM adalah lebih 121,000 orang. Setakat ini katanya, sebanyak 46 peratus jumlah atau lebih 56,000 orang telahpun menerima pingat tersebut. Itu menjadikan baki veteran yang belum menerima PJM lebih 65,000 orang. Kearah menyelesaikan proses pengurniaan pingat itu, sebanyak sekurang-kurangnya 10,000 veteran akan menerima pingat itu setiap tahun. “Tahun ini sahaja kita telah lebih daripada 10,000 kita telah laksanakan. Setiap bulan ada sahaja acara untuk pingat PJM ini.”
“Saya yakin pada tahun hadapan saya menyasarkan tidak kurang 10,000 juga kita sasarkan untuk mereka ini dilaksakan majlis PJM dan sebagainya.”katanya Dato’ Semaon Marjuki juga memberitahu, sebelum ini pihaknya menghadapi kekangan kekurangan pingat yang sedikit melambatkan proses pengurniaan pingat. Namun, pihaknya telahpun mempunyai kontrak tiga tahun bersama pembekal pingat tersebut untuk melancarkan proses pengurniaan pingat kepada veteran pada tahun akan datang.
Turut disentuh dalam program ini ialah ziarah luar kawasan melibatkan dua penerima di Sarikei, termasuk Santa Anak Chek, balu kepada mendiang Gabriel Anak Juliet, serta Ajit Anak Kasi, seorang veteran Sarawak Rangers berusia 109 tahun yang merupakan antara veteran tertua masih hidup di negeri ini.

Bilangan Pelawat

3659433
Hari Ini: 752
Jumlah Pelawat: 3,659,433

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM