Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
BAU, 5 APRIL 2026  - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus komited menjaga kebajikan veteran tentera apabila Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, menyantuni empat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Daerah Bau, dekat sini, hari ini. Program berkenaan dilaksanakan menerusi Jelajah Ziarah Kasih sempena Kempen Tabung Pahlawan 2026 yang bertujuan mendekati golongan veteran, khususnya mereka yang memerlukan bantuan serta menetap di kawasan sekitar Sarawak.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel (B) Azwadi Jamian dan Pengarah JHEV ATM Sarawak, Mejar Steven Anak Kadir, selain wakil persatuan veteran ATM Daerah Bau. Program kali ini turut memberi tumpuan kepada golongan asnaf, pesakit kronik, balu serta ahli keluarga orang kurang upaya (OKU) bagi menilai keperluan semasa mereka secara langsung. Bantuan yang disalurkan merangkumi sumbangan bakul makanan dan bantuan tunai hasil kutipan Kempen Tabung Pahlawan bagi meringankan beban harian penerima.
Sementara itu, Mej Jen Dato’ Semaon Marjuki berkata program Ziarah Kasih KTP merupakan platform penting bagi jabatan mengenal pasti keperluan mendesak veteran secara terus di lapangan.
Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan lima fokus utama Kementerian Pertahanan iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi veteran bagi memastikan kelangsungan hidup mereka selepas tamat perkhidmatan. “Setiap sumbangan daripada rakyat Malaysia melalui Tabung Pahlawan adalah amanah yang diterjemahkan dalam bentuk bantuan nyata sebagai menghargai jasa mereka yang pernah berkorban demi negara,” katanya. Program seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memastikan kebajikan veteran terus terbela. Orang ramai serta pihak korporat turut diseru untuk terus menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan bagi memastikan bantuan kepada golongan layak dapat diteruskan.

Bilangan Pelawat

3659402
Hari Ini: 721
Jumlah Pelawat: 3,659,402

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM