Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JHEV ATM KE ATAS DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 13 MEI 2026 โ€“ Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, di sini. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Marjuki, dan bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara JHEV ATM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), khususnya dalam memperkasa agenda kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta memperluas jaringan kerjasama komuniti dan kesejahteraan rakyat sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. Dalam sesi berkenaan, kedua-dua pihak turut membincangkan penganjuran program ๐Œ๐˜ ๐–๐€๐‘๐‘๐ˆ๐Ž๐‘๐’ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, iaitu larian amal sejauh tujuh kilometer (7KM Fun Run) yang bertujuan menghargai jasa serta pengorbanan veteran ATM dan anggota keselamatan negara.
Program tersebut dijadualkan berlangsung pada ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐), ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ•.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข ๐๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐๐Š๐‹, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ, dengan membawa temaย #๐‹๐š๐ซ๐ข๐š๐ง๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง.
Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform penghargaan kepada para veteran ATM dan wira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara. Orang ramai dijemput menyertai program berkenaan melalui kategori individu dan keluarga. Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM40 bagi individu berumur 13 tahun ke atas, manakala RM120 bagi kategori keluarga melibatkan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฃ๐ก๐ž๐ฏ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ,dengan tarikh tutup penyertaan pada ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ).
JHEV ATM berharap penganjuran MY WARRIORS RUN 2026 akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serta menjadi medium terbaik dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan penghargaan terhadap jasa para veteran negara. Program ini juga selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kebajikan veteran ATM melalui pendekatan inklusif, responsif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Bilangan Pelawat

3659401
Hari Ini: 720
Jumlah Pelawat: 3,659,401

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabatย  Cawangan


Hakcipta 2026 ยฉ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM