Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
PENYERAHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA DAN SUMBANGAN ZAKAT KEPADA KOMUNITI VETERAN ATM DI SABAH

KOTA KINABALU, 10 JUN 2026  - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus komited dalam menjaga kebajikan komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penyerahan bantuan komputer riba kepada anak veteran serta sumbangan zakat kepada balu veteran dalam satu majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, hari ini. Seramai lapan anak veteran ATM menerima bantuan komputer riba bagi menyokong keperluan pembelajaran mereka di institusi pengajian tinggi, manakala sembilan balu veteran ATM di negeri ini menerima sumbangan zakat yang disalurkan melalui Yayasan Veteran ATM Cawangan Negeri Sabah. Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, berkata bantuan yang disalurkan merupakan usaha berterusan jabatan dalam memastikan kebajikan veteran ATM dan keluarga mereka sentiasa terbela, khususnya dalam aspek pendidikan dan kesejahteraan hidup. Beliau berkata pihaknya komited untuk terus memperluas inisiatif kebajikan yang memberi impak langsung kepada komuniti veteran, termasuk bantuan pendidikan kepada tanggungan veteran serta sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan. “Diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para penerima serta membantu meringankan beban kewangan keluarga, di samping menyokong kecemerlangan akademik anak-anak veteran ATM,” katanya. Program berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dan Yayasan Veteran ATM dalam memperkasakan kebajikan veteran, balu dan tanggungan mereka selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti veteran ATM di seluruh negara. Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran En Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATMLt Kol Azwadi bin Jamian dan Pengarah Negeri Sabah Mej Ismail bin Merah

Bilangan Pelawat

3659401
Hari Ini: 720
Jumlah Pelawat: 3,659,401

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM