Skip to main content
Berita

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  (๐—ฃ๐—จ๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—”๐—ง๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก, ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM hari ini terlibat dalam program Pemerkasaan Usahawan Veteran 2024 (PUVET ATM) 2024 salah satu program kolaborasi inisiatif jabatan bagi membantu pesara Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kehidupan selepas berkhidmat.
Program tersebut yang diadakan di Sky Ballroom, Palm Hotel, Seremban telah dirasmikan oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
Program PUVET ATM 2024 anjuran Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) ini telah dihadiri oleh seramai 154 orang Veteran ATM. Penganjuran PUVET 2024 menjadi pemangkin kepada sasaran Kementerian Pertahanan untuk mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan serta bimbingan keusahawanan kepada usahawan dalam kalangan Veteran ATM. JHEV ATM Cawangan Negeri juga telah dijemput untuk membuka kaunter bergerak.
Dalam program ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan Geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM85,000.00 kepada 17 usahawan Veteran ATM di sekitar Negeri Sembilan. Sehingga kini seramai 179 usahawan Veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM895,000.00.
YB Adly bin Zahari juga telah mengadakan sesi perkongsian pengalaman sebagai usahawan serta cadangan model perniagaan baharu yang boleh diketengahkan kepada Veteran ATM yang hadir ke PUVET 2024.
Hadir sama dalam majlis ini adalah Ketua Pengarah JHEV ATM Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Pemangku KP PERHEBAT, Kapten Mohd. Radzi bin Mohd. Ali TUDM (B), Panglima 1 Briged MK Briged Pertama Infantri Malaysia Kem Rasah, Brigedier Jeneral Zamri bin Othman, YDP PVATM Negeri Sembilan, Datoโ€™ Haji Adenan bin Haji Ahmad dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin.

Bilangan Pelawat

3148598
Hari Ini: 1,070
Jumlah Pelawat: 3,148,598

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabatย  Cawangan


Hakcipta 2024 ยฉ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM