Bahagian Pencen
Unit Faedah Perkhidmatan Dan Hilang Upaya
-
Mengurus pembayaran Faedah Persaraan dan Hilang Upaya kepada Veteran ATM berkelayakan tertakluk kepada peraturan semasa berkuatkuasa.
Skop faedah yang diuruskan adalah seperti berikut:
A. Faedah Persaraan
(1) Angkatan Tetap. Adalah faedah-faedah yang dibayar oleh Kerajaan kepada Angkatan Tetap ATM apabila menamatkan perkhidmatan atau bersara dari perkhidmatan. Faedah Persaraan di bawah PPAT 1982 terdiri daripada pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain (seperti Faedah Gantian Cuti Rehat).
(2) Angkatan Sukarela yang Dipertugaskan Sepenuh Masa. Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM) adalah faedah di bawah Territorial Army Ordinance 1958 yang dibayar secara sekaligus.
b. Faedah Hilang Upaya.
Adalah suatu faedah yang diberikan kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan dan ianya diperkaitkan dengan tugas di bawah PPAT 1982 dan The Malay Regiment and The Federation Regiment (Retired Pay, Pensions, Gratuities and Other Grants) Reg, 1952. Darjah kecederaan atau hilang upaya tersebut ditentukan oleh Lembaga Penentu Sebab, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM. Faedah ini dibayar apabila anggota tersebut telah bersara atau menamatkan perkhidmatan dengan kadar bayaran mengikut pangkat semasa kecederaan tersebut berlaku. Faedah Hilang Upaya ini terdiri daripada empat komponen seperti berikut:
(1) Pencen Hilang Upaya (PHU). Diberi kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan dengan kecederaan yang melebihi 20% darjah hilang upaya. Bayaran secara bulanan;
(2) Ganjaran Hilang Upaya (GHU). Diberi kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan dengan kecederaan yang kurang 20% darjah hilang upaya. Bayaran secara sekaligus;
(3) Elaun Pelajaran. Diberi kepada anak-anak anggota ATM yang menerima Pencen Hilang Upaya mengikut tahap/peringkat pendidikan terhad kepada 6 orang anak. Bayaran secara sekaligus; dan
(4) Elaun Layanan Sentiasa. Diberi kepada anggota ATM yang mengalami darjah kecederaan 100% semasa dalam perkhidmatan dan dalam keadaan sentiasa memerlukan layanan tersendiri daripada orang lain. Bayaran secara bulanan.
c. Ex-Gratia Bencana Kerja.
Adalah tambahan faedah bagi penerima Faedah Hilang Upaya. Ex-Gratia diberikan kepada anggota ATM yang mengalami bencana kerja yang melibatkan hilang upaya kekal atau kematian. Faedah ini dibayar semasa anggota tersebut mengalami kemalangan atau kecederaan dengan kadar bayaran mengikut pangkat semasa kecederaan tersebut berlaku. Ex-Gratia ini terdiri daripada empat komponen seperti berikut:
(1) Ex-Gratia Bulanan (EXB). Diberi kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan dengan kecederaan yang melebihi 20% darjah hilang upaya. Bayaran secara bulanan;
(2) Ex-Gratia Pukal (EXP). Diberi kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan dengan kecederaan sebanyak 20% atau kurang darjah hilang upaya. Bayaran secara sekaligus;
(3) Elaun Layanan Sentiasa (ELS). Diberi kepada anggota ATM yang mengalami darjah kecederaan 100% semasa dalam perkhidmatan dan dalam keadaan sentiasa memerlukan layanan tersendiri daripada orang lain. Pemberian ELS di bawah FHU atau Ex-Gratia diberikan mengikut kadar mana yang lebih menguntungkan anggota ATM tersebut. Bayaran secara bulanan.
Unit Faedah Kematian
-
Mengurus pembayaran Faedah Kematian kepada orang tanggungan kepada anggota ATM yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan atau Veteran ATM yang meninggal dunia semasa dalam persaraan tertakluk kepada peraturan semasa berkuatkuasa.Skop faedah yang diuruskan adalah seperti berikut:
a. Faedah Kematian kepada Angkatan Tetap.(1) Meninggal Dunia Semasa dalam Perkhidmatan.
(a) Kematian yang Tidak Diperkaitkan dengan Tugas.
Faedah Kematian yang diberi kepada Orang Tanggungan kepada anggota ATM yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dan tidak diperkaitkan dengan tugas. Faedah Kematian yang layak dibayar di bawah PPAT 1982 adalah Pencen Orang Tanggungan dan Ganjaran Orang Tanggungan yang dinyatakan dalam susunan 6 dan 7 (Askar Laskar) atau 9 dan 10 (Pegawai) atau Pencen Terbitan dan Ganjaran Terbitan yang mana lebih mengutungkan sebagaimana dengan syarat bahawa Pencen Terbitan tidak boleh kurang satu perlima (1/5) daripada gaji akhir yang diterima dan Faedah Gantian Cuti Rehat.(b) Kematian yang Diperkaitkan dengan Tugas.
Faedah Kematian yang diberi kepada Orang Tanggungan kepada anggota ATM yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dan diperkaitkan dengan tugas. Faedah Kematian yang layak dibayar di bawah PPAT 1982 adalah Pencen Orang Tanggungan dalam susunan 8 selain dari Pencen Terbitan dan Ganjaran Terbitan sebagaimana dengan syarat bahawa Pencen Terbitan tidak boleh kurang satu perlima (1/5) daripada gaji akhir yang diterima atau Pencen Orang Tanggungan dan Ganjaran Orang Tanggungan mengikut kadar yang dinyatakan dalam susunan 6 dan 7 (Askar Laskar) atau 9 dan 10 (Pegawai) yang mana menguntungkan, Faedah Gantian Cuti Rehat, Ex Gratia Orang Tangungan dan Ex Gratia sekaligus berdasarkan tempoh perkhidmatan yang diakui.
(2) Meninggal Dunia Semasa dalam Persaraan.
Sekiranya pegawai atau anggota LLP yang sedang menerima Pencen Perkhidmatan meninggal dunia, orang tanggungannya boleh dibayar Pencen Terbitan dengan syarat balu/duda itu telah dikahwini semasa dalam perkhidmatan. Jika balu/duda berkahwin semasa bersara hanya layak dibayar seolah-olah gemulah telah mencapai umur 80 tahun.b. Faedah Kematian kepada Angkatan Sukarela.
Faedah Kematian yang diberi kepada Orang Tanggungan kepada anggota Angkatan Sukarela yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dan diperkaitakan dengan tugas. Faedah Kematian yang layak dibayar di bawah peraturan The Volunteer Force Ordinance, 1951 – No 5 of 1951 yang diberi peruntukan melalui The Volunteer Force (Compensation) Rules, 1955. Peruntukan Faedah Kematian dinyatakan di dalam Malay Regiment and Federation Regiment (Retired, Pay, Pensions, Gratuities and Other Grants) 1952 terdiri daripada Pencen Balu atau Pencen Ibu/Bapa, Elaun Anak, Elaun Tambahan Pencen (20%), Elaun Tambahan (Kadar disyorkan oleh Jawatankuasa Khas bertarikh 5 April 1978) dan Elaun Ibu/Bapa (Bujang).
c. Bayaran Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran ATM yang Berpencen.
Bayaran bantuan kewangan diberi keutamaan kepada balu/duda, anak, ibu/bapa atau pihak yang menguruskan jenazah sehingga selesai. Kadar bayaran adalah sebanyak RM3,000.00 dan dibayar sekali sahaja secara sekali gus. Tidak dipanjangkan kepada penerima Pencen Terbitan.
Unit Pelarasan Faedah
-
Mengurus pembayaran ulangkaji Faedah Persaraan dan Hilang Upaya kepada Veteran ATM berkelayakan tertakluk kepada peraturan semasa berkuatkuasa, keputusan MAT seperti tukar peraturan, penyambungan TTP, ulangkaji gaji akhir & band, ulangkaji FGCR dan pelarasan pencen.
Skop faedah yang diuruskan adalah seperti berikut:
a. Faedah Persaraan. Ulangkaji faedah-faedah yang dibayar oleh Kerajaan kepada Angkatan Tetap ATM apabila menamatkan perkhidmatan atau bersara dari perkhidmatan. Faedah Persaraan di bawah PPAT 1982 terdiri daripada pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain (seperti Faedah Gantian Cuti Rehat). Contoh; kenaikan KGT RM100, kenaikan FGCR 160 ke 180 hari & pelarasan pencen.
b. Faedah Hilang Upaya. Ulangkaji peratusan darjah kecederaan atau hilang upaya tersebut ditentukan oleh Lembaga Penentu Sebab, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM. Faedah ini dibayar apabila anggota tersebut telah bersara atau menamatkan perkhidmatan dengan kadar bayaran mengikut pangkat semasa kecederaan tersebut berlaku.
Unit Bayaran Kewangan Khas (BKK)
- a. Memproses bayaran Bantuan Khas Kewangan bagi VTB tercicir
b. Mengenal pasti bayaran ditolak oleh bank dan memproses bayaran Gantian Balik bagi kes-kes akaun deposit (VTB).
c. Melaksanakan pertukaran skim pembayaran pencen dari skim B ke skim A.
Unit Maklumat Veteran (UMV)
-
a. Mengurus, mentadbir dan menyelenggara fail-fail veteran sama ada berpencen atau tidak berpencen.
b. Menyelaras, mengumpul dan mengemaskini maklumat berkaitan Veteran ATM di dalam sistem VIBES.
c. Membantu dalam pencarian fail berdasarkan permohonan oleh Bahagian dan unit.
d. Memberi maklumbalas terhadap aduan dan permohonan kemaskini dari Veteran dalam sistem VIBES
Unit Pentadbiran
-
a. Unit Pentadbiran
Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia, pentadbiran, aset dan peralatan di Bahagian Pencen.
1. Menentukan hal-hal disiplin, kursus staf, pengagihan kerja, kebajikan serta kerjaya staf di tadbir dengan baik.
2. Menentukan pengurusan fail dan penyimpanan surat-surat serta utusan dilaksanakan dengan efektif dan sempurna.
3. Mengkoordinasi mesyuarat, bengkel, seminar, taklimat dan lain-lain melibatkan Bahagian Pencen.
4. Membantu Kaunter Khidmat Pelanggan (OSC) dari segi khidmat nasihat melibatkan Bahagian Pencen.
5. Menguruskan aset dan peralatan elektronik dan lain-lain harta ditadbir urus di Bahagian Pencen dengan baik.
b. Kad Veteran
Mengurus permohonan Kad Veteran kepada Veteran dan orang tanggungannya yang berkelayakan untuk menerima kemudahan perubatan secara percuma di hospital/klinik Kerajaan, hospital pengajar atau Hospital Angkatan Tentera tertakluk kepada peraturan semasa berkuatkuasa.
Permohonan Baharu / Penggantian - Pemberian kad adalah kepada kepada pegawai dan anggota LLP yang layak mengikut kelayakan dan peraturan pemberhentian selain atas kes salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
a. Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia;
b. Angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
c. Force 136;
d. Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
e. Sarawak Rangers.
f. memberi khidmat nasihat kepada Ketua Pengarah JHEV ATM dari semasa ke semasa apabila diperlukan berhubung dengan perihal kes persaraan / pemberhentian yang berkaitan dengan salah laku atau bukan salah laku.