• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐

Berita

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐

Pantai Kelanang, 29 Jun 2024 – Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Encik Sophian Isswandy bin Ismail mewakili Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah merasmikan Pertandingan Pancing Amal 2024 sempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) bertempat di Pantai Kelanang, Banting Selangor. Pertandingan ini merupakan salah satu fokus JHEV ATM dalam melaksanakan program riadah sambil beramal sebagai platform kutipan Kempen Tabung Pahlawan.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama D’Vet Holding Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Veteran ATM (YVATM). Penaja bersama bagi menjayakan pertandingan ini terdiri daripada 15 syarikat korporat iaitu Affin Bank, Bank Muamalat, RHB Bank, TP Care Sdn Bhd, Davita Sdn Bhd, D’Vet Holding Sdn Bhd, Koperasi Tentera, Rasumi Medipharma Sdn Bhd, Pernama, Sinar Haemodialysis Sdn Bhd, Digital Timur Sdn Bhd, TCE Tackles Sdn Bhd, All ID Asia Sdn Bhd, MBI Selangor dan Medinique Sdn Bhd.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang hangat dengan penyertaan sebanyak 386 peserta. Hasil sumbangan dan kutipan pertandingan ini akan dibelanjakan secara berhemah dan telus. Manfaat sumbangan Tabung Pahlawan hanya akan disalurkan untuk tujuan bantuan kebajikan kepada Veteran dan ahli keluarga secara menyeluruh.
Tahniah kepada para pemenang pertandingan Pancing Amal Kempen Tabung Pahlawan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua petugas yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.