• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐕𝐌) 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇.

Berita

𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐕𝐌) 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇.

SEMPORNA, 9 September 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melawat serta menyantuni seramai 12 Veteran ATM di kalangan mereka yang sakit kronik, balu, anak OKU dan usahawan.
Selain bertanya khabar, YB Adly turut berbesar hati memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada setiap veteran yang diziarahi sekitar Semporna.
Program ini merupakan salah satu fokus kerajaan Madani di kelolakan Kementerian Pertahanan dalam usaha menjaga kebajikan setiap Veteran ATM.
Melalui inisiatif ini, impak positif berjaya direalisasikan apabila kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM terus terbela sama ada melalui bantuan isi rumah mahupun dari sektor sosio ekonomi sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan negara suatu ketika dahulu.
Terdapat juga dikalangan Veteren ATM yang di ziarahi adalah merupakan usahawan dari pelbagai bidang seperti membekal gas memasak di rumah serta pengusaha taman rekreasi.
Lawatan Peduli Veteran Madani (PVM) kali ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Penolong Pengarah JHEV ATM Sabah, Kapten Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, anggota dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Semporna dan wakil-wakil persatuan.