๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐ฉ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ก๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ง๐ ) ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฏ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM ATM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki hari ini.
Kunjungan hormat yang di ketuai Presiden PERIM ATM, Mejar Shanmugam a/ Muniandy (B) ini, bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta berkenalan dan mengucapkan Tahniah kepada Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu, selain membincangkan isu-isu penting berkaitan kebajikan veteran ATM.
Semasa pertemuan tersebut Mej. Shanmugam a/ Muniandy (B), juga mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkukuh kerjasama antara persatuan dan JHEV ATM dalam aspek bantuan kebajikan dan pembangunan komuniti veteran. Selain itu, mereka juga mengutarakan harapan agar lebih banyak inisiatif dapat diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan veteran dalam ATM.
Tuntasnya, kunjungan ini bukan sahaja memberikan peluang untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru, tetapi juga membuka jalan kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai kebajikan dan hak veteran.
Usaha ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan golongan veteran, khususnya veteran India dalam ATM, terus mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya.
Turut hadir dalam kunjungan ini Encik Thanabal a/l Krishnan, Timbalan Presiden PERIM ATM, Lt. Kol. Kalaimoney a/l Bathumalay (B), Encik Paramasivan a/l Subraminam, Mej. Arunasalam a/l Kanapathie (B) dan Datuk Ganesan a/l S. M. Mani.