• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐝𝐢 𝐒𝐢𝐛𝐮, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤

Berita

𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐝𝐢 𝐒𝐢𝐛𝐮, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤

Sibu, 26 Julai 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari diiringi Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Zambery Jefry bin Hj Darus hari ini menzahirkan rasa penghargaan kepada Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) peringkat Daerah Sibu, Sarawak. Program ini merupakan siri kedua siri jelajah PVM ke Wilayah Sarawak bermula 26 hingga 28 Julai 2024. Lawatan kali ini akan turut merangkumi Daerah Song, Kapit, Kanowit dan Bintangor.
Pada PVM hari ini, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni 8 orang Veteran ATM yang sedang uzur, sakit kronik dan memerlukan perhatian khususnya dalam aspek kesihatan dan penjagaan. Selain bertanya khabar, YB Adly Zahari turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti makanan, susu kesihatan, lampin pakai buang kepada setiap veteran yang diziarahi.
Selain daripada itu, Timbalan Menteri Pertahanan juga bertemu dengan 2 orang Usahawan Veteran ATM yang telah menjalankan pegusahaan madu kelulut dan pengusaha restoran. Pertemuan tersebut menzahirkan sokongan dan komitmen Kementerian Pertahanan kepada Veteran ATM untuk terus berusaha mempertingkatkan sosioekonomi mereka dengan pelbagai skim bantuan yang disediakan sebagai Veteran ATM dan agensi-agensi Kerajaan.
JHEV ATM sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan serta sosioekonomi Veteran ATM. Lawatan ini turut diiringi Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (bersara), Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak, Mej Steven Anak Kadir serta wakil persatuan-persatuan Veteran ATM sekitar Sibu.